Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 12 Mungkin Hadir Tanpa EarPods Dan Pengecas Dalam Kotak Pembelian

iPhone 12 Mungkin Hadir Tanpa EarPods Dan Pengecas Dalam Kotak Pembelian

Diterbitkan Jun 26, 2020 ยท Dikemas kini Jun 26, 2020 oleh Amalina Athman

Apple dijangka akan melancarkan empat barisan model iPhone 12 pada hujung tahun ini. Sebelum pelancarannya, pelbagai khabar angin silih berganti diperkatakan. Terbaru, penganalisis Barclays menjangkakan pelbagai kemungkinan berdasarkan perbincangan bersama pembekal Apple.

iPhone 12 Mungkin Hadir Tanpa EarPods Dan Pengecas Dalam Kotak Pembelian

Seperti jangkaan Ming-Chi-Kuo pada bulan lalu, Barclays turut menjangkakan model iPhone 12 tidak akan disertakan bersama EarPods di dalam kotak pembelian. Tidak hanya itu, analisis tersebut menyatakan iPhone 12 mungkin tidak akan hadir bersama pengecas dan hanya disertakan kabel USB-C ke Lightning.

Dalam pada itu, pengeluaran iPhone 12 dijangka akan mengalami kelewatan empat ke lima minggu dari yang dijadualkan pada setiap tahun. Apple mungkin akan mengumumkan barisan produk baharu pada September ini, namun beberapa model tersebut dijangka tidak akan tersedia untuk tempahan sehingga Oktober ke November.

Terdahulu, iPhone 12 dilapor bakal menyokong pengecasan pantas 20W. Berikutan khabar terbaru ini, tidak dapat dipastikan jika pengecas akan disertakan sekali dalam kotak pembelian ataupun pengguna perlu membelinya secara berasingan.

Sumber: MacRumors

Beli barangan iPhone dari:
Lazada (https://invol.co/clpm5w)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY