Apple Dilaporkan Tidak Akan Sertakan Earpods Dalam Kotak Pembelian iPhone 12

Mahu berita menarik mengenai iPhone 12? Terbaru, bersumberkan penganalisis popular Ming-Chi-Kuo, jika pengguna membeli iPhone 12 kelak, akan tiada lagi fon telinga Earpods di dalam kotak pembeliannya. Menarik, bukan?

Mungkin anda fikir ini adalah kerana Apple akan sertakan AirPods? Tidak sama sekali kerana akan tiada langsung mana-mana fon telinga yang akan disertakan bersama-sama pembelian peranti.

Dikatakan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan jualan AirPods yang dijual berasingan. Apple sebelum ini telah laman menyertakan Earpods dalam kotak pembelian iPhone semenjak dari model pertama iPhone lagi.

Menurut Kuo, peningkatan permintaan Airpods merupakan salah satu sebab mengapa Apple melakukan tindakan sedemikian. Tambahannya lagi, Apple dijangka akan membuat promosi khas jualan Airpods pada penghujung tahun ini untuk meningkatkan lagi jualan fon telinga tanpa wayar tersebut.

Kuo juga menjangkakan keseluruhan jualan AirPods bakal meningkat dari 80-90 juta unit kepada 93.8 juta disebabkan promosi jualan itu.

Sumber: MacRumors