Ikuti kami di media sosial

Berita

“iPad Pro Yang Bengkok Memenuhi Piawaian Kami”, Naib Presiden Perkakasan Apple

Zacky Venge

Ditulis

pada

Sewaktu Apple memperkenalkan siri iPad Pro 2018 mereka, mereka dengan bangganya memaparkan peranti yang lebih nipis dan ringan dari generasi sebelumnya. Dengan cip pemprosesan A12X yang baharu, iPad Pro menjadi perhatian kepada pengguna di luar sana.

Namun, kenipisan peranti tersebut boleh menjadi senjata makan tuan. Seorang youtuber terkenal, JerryRigEverything membuat satu video yang menguji ketahanan iPad Pro 2018. Dalam video tersebut, peranti tersebut kelihatan bengkok sedikit selepas mendapat sedikit tekanan dari Jerry. Selepas video tersebut tular, sebahagian pemilik iPad Pro 2018 merungut yang mereka juga menghadapi masalah yang sama. Lebih mengejutkan, terdapat dakwaan peranti tersebut sudah bengkok sewaktu di dalam kotak lagi.

Dalam satu emel yang dihantar oleh naib presiden perkakasan Apple, Dan Riccio, dia menjelaskan rekaan iPad Pro 10.5 dan 12.9 inci mencapai malah melebihi piawaian yang diletakkan oleh Apple sendiri. Spesifikasi yang digunakan oleh Apple ketika ini untuk kerataan adalah 400 microns iaitu setengah 1 milimeter. Dia menjelaskan sebarang perubahan terhadap nilai tersebut tidak akan menjejaskan prestasi peranti tersebut.

Kebanyakkan laporan mengatakan model yang terlibat adalah yang dilengkapi dengan LTE tetapi model yang menggunakan Wi-Fi juga turut terkesan dengan kelemahan bengkok tersebut.

Sumber

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular