Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Liputan Internet Di Pahang Cecah 94%, Dua Pecawang Baharu Kini Beroperasi

Liputan Internet Di Pahang Cecah 94%, Dua Pecawang Baharu Kini Beroperasi

Diterbitkan Oktober 24, 2024 oleh Rushsyafizal

Liputan internet dan komunikasi di Pahang kini mencapai tahap 94.68%, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Di Parlimen Kuala Krau, liputan berada pada kadar 94.84%, berkat pelaksanaan inisiatif Jalinan Digital Negara (Jendela) Fasa 1.

Inisiatif ini termasuk pembinaan dua menara pecawang internet baharu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jenderak dan satu di DUN Jengka, yang kini sudah mula beroperasi.

Menara di Kampung Tanjung Danolang dan Kampung Teluk Sabak di DUN Kerdau juga telah siap, dengan kerja-kerja sambungan gentian optik sedang dijalankan. Dijangka, menara ini akan mula beroperasi sepenuhnya pada akhir tahun 2024.

Usaha ini turut merangkumi naik taraf 87 stesen pemancar yang sedia ada, serta menyediakan 6,885 daripada 8,689 premis dengan capaian gentian optik. Selain itu, Kampung Orang Asli Paya Sendayan kini menikmati perkhidmatan internet menggunakan teknologi satelit.

Mengenai aduan komunikasi lemah, MCMC telah mengambil tindakan terhadap CelcomDigi dan Maxis untuk menambah baik rangkaian mereka di kawasan tertentu. Peningkatan capaian liputan internet luar bandar juga diteruskan melalui Titik Kehadiran (PoP), dengan 57 PoP disiapkan setakat ini di Pahang.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Tesla Sudah Pun Uji robotaxi, Perkhidmatan Ini Mungkin Ditawar Tahun Depan
  • Penyelidik MIT Hasilkan Komponen Elektronik Aktif Dengan Mesin Cetakan 3D Sepenuhnya
  • Roblox Perkenal Protokol Baharu, Jamin Keselamatan Kanak-Kanak
  • Gen Z Didapati Memang Lebih Sukakan iPhone Terpakai - Kajian

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY