Sama ada anda suka atau tidak, iOS 15 boleh dimuat turun bermula esok (21 September) jam 1 pagi. Ia juga serentak dengan kemas kini iPadOS 15, watchOS 8 dan juga tvOS 15. Bagi macOS 12 Monterey masih belum diketahui.
Kemas kini iOS 15 pasti hadir dengan saiz besar dan anda disarankan untuk membuat sandaran iCloud atau di komputer terlebih dahulu. Namun, jika ada yang mahu menunggu iOS 15.1 pun tidak menjadi masalah tetapi sekiranya anda mahu terus menggunakan iOS 14, pastikan anda berada dalam versi iOS 14.8.
Apa-apa pun, iOS 15 tetap tampil dengan beberapa fungsi baharu buat pengguna. Tekan pautan INI untuk mengetahuinya lebih lanjut.
Oleh itu, ini adalah senarai peranti yang menyokong iOS 15:
- Siri iPhone 12 – 12 mini, 12, 12 Pro dan Pro Max
- Siri iPhone 11 – 11, 11 Pro dan 11 Pro Max
- iPhone XS dan XS Max
- iPhone XR
- iPhone X
- iPhone 8 dan 8 Plus
- iPhone 7 dan 7 Plus
- iPhone 6s dan 6s Plus
- iPhone SE (2020) dan iPhone SE (2016)
- iPod touch generasi ketujuh
Sementara bagi pengguna iPad pula, iPadOS 15 disokong bagi kesemua model iPad Pro, iPad Gen 5 dan ke atas, iPad mini Gen 4 dan ke atas, iPad Air 2 serta iPad Air Gen 3 dan ke atas.
Manakala watchOS 8 disokong dari Apple Watch Series 3 sehinggalah Apple Watch Series 6.
Sumber: macrumors
Baca juga: