iOS 14.5 Perkenal Suara Baharu Untuk Siri

Sekian lama mendengar suara Siri yang sama pada peranti iPhone dan iPad, kemas kini iOS 14.5 perkenal empat pilihan suara baharu.

Melalui iOS 14.5, dua peranti tersebut mendapat perubahan suara untuk ciri pembantu peribadi digital Siri disamping ciri nyahkunci iPhone melalui Apple watch.

Untuk pengguna yang telah memuat turun kemaskini beta terkini yang dikeluarkan pada 31 Mac, anda boleh mengakses ciri suara baharu Siri tersebut.

Berikut adalah cara-cara mengakses suara baharu Siri didalam beta:

New Siri Voices iOS 14.5 Kapsyen: Screenshots by Jason Cipriani/CNET


Pertama sekali, buka app Settings, kemudian pergi ke Siri & Search > Siri Voice. Dibawah bahagian Voice ada empat pilihan suara berbeza.

Tekan setiap suara untuk previu dan untuk menggunakan suara baharu tersebut, anda perlu memuat turun fail untuk menukar suara.

Kemudian, animasi Downloading... akan muncul di paparan untuk setiap pilihan suara. Setelah selesai memuat turun, peranti anda akan mula menggunakan suara tersebut.

Diingatkan semula, ciri suara baharu Siri ini masih tidak ada untuk semua pengguna kerana ia masih didalam mod beta iOS 14.5. Kepada yang berminat untuk mencuba ciri ini, pengguna perlu muat turun iOS 14.5 beta terlebih dahulu.

Sumber: cnet