iOS 12 Sedia Dimuat Turun, Ini 10 Ciri Tersembunyi Yang Anda Boleh Nikmati

Berita baik untuk pengguna iPhone yang ternanti-nanti akan kedatangan iOS 12, sistem operasi itu kini sudah mula ditawarkan.

Sebagai pengganti kepada iOS 11, sudah tentu ia datang dengan beberapa penambahbaikan disamping memberikan prestasi terbaik kepada peranti Apple anda.

Selain pengenalan ciri utama seperti Memoji, dan memperbaiki notifikasi, iOS 12 juga mempunyai beberapa ciri tersembunyi yang boleh dinikmati pengguna.

Kapsyen: Kredit foto: Jason Cipriani/CNET


1. Informasi bateri

Ia akan memaparkan graf yang memperlihatkan penggunaan aplikasi. Melaluinya anda boleh menilai aktiviti serta aplikasi mana yang menggunakan bateri secara berlebihan.

2. Daftar wajah alternatif untuk sistem imbasan

Kapsyen: Kredit foto: Jason Cipriani/CNET


Sistem FaceID kadang-kala sukar untuk mengecam wajah dengan sempurna sekiranya anda memakai topi dan aksesori lain. Bagi memudahkan ia berfungsi dengan lebih baik, ciri Set Up an Alternate Appearance diperkenalkan.

Kapsyen: Kredit foto: Jason Cipriani/CNET


3. Ciri Do Not Disturb boleh dijadualkan

Ciri ini sangat membantu jika anda tidak mahu diganggu namun ia perlu ditetapkan secara manual. Ini agak menyukarkan kerana mungkin anda terlupa untuk menyahaktifkannya semula dan terlepas notifikasi penting.

Kini, DND boleh dimatikan mengikut jadual yang telah anda tetapkan seperti tempoh masa atau selepas anda meninggalkan lokasi.

4. Sentuhan lama untuk tutup aplikasi

Kapsyen: Kredit foto: Jason Cipriani/CNET


Bagi pengguna iPhone X, anda boleh sentuh lama pada aplikasi untuk mematikannya. Aktifkan paparan multitasking dan sapu keatas untuk matikan aplikasi.

Kapsyen: Kredit foto: Jason Cipriani/CNET


5. Kemaskini sistem operasi secara automatik

Kemaskini iOS kini boleh dibuat secara automatik tanpa perlu pengesahan manual daripada pengguna. Pergi ke Settings > General > Software Updates > Automatic updates untuk tetapkannya.

Kapsyen: Kredit foto: Jason Cipriani/CNET


6. Akses Control Center iPad seperti iPhone X

Cara skses Control Center iPhone X kini sudah menjengah ke iPad. Sapu kebawah dari atas kanan untuk mengaktifkannya.

7. Isi secara automatik kod pendek

Bagi yang menggunakan ciri pengesahan 2 faktor yang mana kod dihantar melalui SMS, sistem operasi terbaru ini bakal memudahkan proses pengisian kod.

Pintasan akan muncul pada atas papan kekunci apabila anda menerima kod itu. Sentuh pada pintasan, dan kod itu akan diisi secara automatik.

8. Pintasan pengimbas kod QR di dalam Control Center

Kapsyen: Kredit foto: Jason Cipriani/CNET


Kebolehan mengimbas kod QR telah diberikan Apple sejak iOS 11 lagi dan terbaru ia boleh diakses dari Control Center. Pergi ke Settings > Control Center > Customize Controls dan kemudia sentuh butang hijau untuk tetapkannya.

9. Nyahaktif aksesori USB



Kredit foto: Jason Cipriani/CNET

Isu godam dan penggunaan alatan yang boleh mengakses iPhone melalui port USB membuatkan Apple membangunkan ciri ini. Ia akan melumpuhkan port Lightning pada peranti Apple selepas atau lebih sejam peranti itu dinyahkunci.

10. Camera tools dalam aplikasi Messages



Kredit foto: Jason Cipriani/CNET

Tidak banyak ciri baru yang dibawa aplikasi Messages pada iOS 12. Antara perubahan yang diberikan adalah ciri camera tools untuk rakaman foto dan video didalam aplikasi Messages.

Buka aplikasi Messages, dan tekan simbol bintang dikiri bawah untuk mengaktifkan camera tools tersebut.

Itulah beberapa ciri sampingan yang boleh anda dapati daripada kemaskini terabaru iOS 12. Anda sudah muat turun iOS12? Boleh kongsikan pengalaman setelah beberapa menggunakannya diruang komen.

Sumber: CNET