(Kemaskini) Internet Percuma Untuk Semua Bermula 1 April 2020

Seperti yang semua sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan telahpun dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Sejak ia dikuatkuasakan pada minggu lalu, kita sedia melihat pelbagai tawaran dan promosi dijalankan oleh pengendali rangkaian.

Terbaru, menerusi perutusan Pakej Rangsangan Ekonomi, oleh Perdana Menteri telah mengumumkan internet percuma untuk semua bermula 1 April ini.



Menurut pemberitahuan tersebut, internet percuma 1GB sehari akan diberikan sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tamat. Sebanyak RM600 juta ringgit telah diperuntukkan untuk pemberian internet percuma ini. Ini merupakan kerjasama antara syarikat-syarikat telekomunikasi.



Bagi mengekalkan liputan serta ketersediaan dan kualiti rangkaian telekomunikasi pada tahap terbaik, sejumlah RM400 juta lagi akan dilaburkan.

Buat masa sekarang masih belum dapat disahkan lagi bagaimana penawaran internet percuma ini dilakukan. Adakah semua telco akan terbabit atau adakah ia hanya dalam tempoh 8 pagi hingga 6 petang sahaja? Untuk itu sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya.

Kemaskini 27/3/2020 (9:15 malam): Semua pengguna pra-bayar dan pascabayar Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile bakal menikmati internet percuma bermula pada 1 April 2020 nanti. Penawaran ini akan berjalan sehingga berakhirnya tempoh penguatkuasaan PKP. Sebanyak 1GB akan diberikan pada pengguna dan masa penggunaan adalah dari 8 pagi sehingga 6 petang setiap hari.