Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-05-16T122424.413

Intel Thunderbolt Share, Penggunaan Dua PC Kini Lebih Mudah

Diterbitkan Mei 16, 2024 oleh Muhd Idham

Sekiranya anda merupakan pengguna dua dekstop PC pada satu waktu yang sama, anda pasti pernah mengalami kesulitan untuk memindahkan maklumat dari PC 1 yang dibina khas untuk sunting video ke PC 2 iaitu PC untuk gaming.

Masalah itu kini tidak perlu dirisaukan kerana Intel baru-baru ini telah mengumumkan perisian dalaman baru yang akan tersedia untuk memudahkan tugas harian pengguna komputer.

Nama perisian itu adalah Thunderbolt Share yang mana ia semestinya menggunakan teknologi Thunderbolt serta perlu dimuat turun ke kedua-dua PC untuk berfungsi.

Screenshot 2024-05-16 141517

Antara syarat keperluan untuk menggunakan perisian ini adalah:

  • Salah satu PC atau aksesori Thunderbolt mempunyai lesen Thunderbolt Share.
  • Kedua-dua PC ada port Thunderbolt 4/5.
  • Sistem operasi Windows 10/11.
  • Kabel Thunderbolt 4/5.
  • Semua kad grafik dengan prestasi melebihi Intel Graphics versi 0.101.4826.

Kalau dahulu, pengguna dua PC pasti akan menggunakan dua papan kekunci dan dua tetikus ataupun menggunakan UGREEN USB Switch untuk memudahkan pengendalian PC mereka.

Intel Thunderbolt Share, Penggunaan Dua PC Kini Lebih Mudah
UGREEN USB Switch

Apabila ia tersedia pada Jun 2024 depan, anda boleh muat turunnya melalui laman web rasmi Intel.

Berkaitan

  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Cara Elak Dimasukkan Grup WhatsApp Tak Diingini
  • Belum Tahu Apa itu AI? Jom Sertai Program AI Untuk Rakyat, Percuma, Cepat Dan Mudah
  • Kerajaan Tiada Perancangan Wajibkan Pasang 'Dashcam' - Loke

Sumber: Siaran Media Intel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY