Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp group privacy

Cara Elak Dimasukkan Grup WhatsApp Tak Diingini

Diterbitkan Mei 16, 2024 · Dikemas kini Mei 16, 2024 oleh Amalina Athman

WhatsApp secara default menetapkan privasi kumpulan kepada semua orang. Dengan tetapan ini, ia menjadikan sesiapa sahaja yang mempunyai nombor telefon boleh memasukkan pengguna lain ke dalam sesuatu kumpulan WhatsApp.

Perkara sebegini pastinya menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan pengguna, terutamanya apabila dimasukkan ke kumpulan yang tidak diingini oleh individu tidak dikenali.

Privasi whatsapp_3
Privasi whatsapp_2

 

Bagi yang belum tahu, sebenarnya terdapat pilihan untuk mengawal orang yang boleh memasukkan anda dalam kumpulan.

Berkaitan

  • WhatsApp Versi Android Mula Sekat 'Screenshot' Gambar Profil
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • WhatsApp Kini Dengan Wajah Baharu - Lebih Segar, Mudah Diakses

Cara tetapkan privasi kumpulan

Sebagai privasi tambahan, berikut merupakan langkah mudah untuk mengawal tetapan kumpulan.

  1. Buka WhatsApp dan pergi ke “Settings”.
  2. Klik pada Privacy > Group.
  3. Pilih “My contacts” atau jika ingin mengecualikan individu tertentu dalam senarai kenalan, pilih “My contacts except…”.

Privasi whatsapp

Selesai. Namun begitu, perlu diketahui ia tidak terpakai kepada Pengumuman komuniti. Juga, tetapan ini tidak boleh dilakukan pada WhatsApp Web atau Desktop. Apabila menukar tetapan pada telefon, perubahan tersebut akan diselaraskan (sync) dengan WhatsApp Web dan Desktop.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY