Acer kali ini telah melancarkan dua siri peranti komputer riba Acer TravelMate dengan kemudahan kegunaan yang bebas serta mempunyai spesifikasi yang agak memberangsangkan iaitu siri TravelMate P6 dan TravelMate P4.
Acer TravelMate P6
Untuk siri pertama ini, ia hadir dengan satu model sahaja iaitu Acer TravelMate P6 14 yang dikuasakan pilihan cip sehingga Intel Core Ultra 7 serta disokong oleh beberapa kelengkapan dalaman seperti kad grafik Intel Arc Graphics, memori SDRAM LPDDR5X dan storan dwi-slot PCIe Gen 4.

Skrin pula hadir dengan jenis OLED 14 inci, resolusi WQXGA (2880 x 1800) dan ciri Acer CineCrystal. Kamera web model ini hadir dengan resolusi FHD (1920 x 1080) pada 60FPS.
Ciri lain adalah seperti bateri Li-ion 65Wh (12 jam), Wi-Fi 7, Bluetooth 5,3, Acer ProShield Plus dan USB-C yang menyokong Thunderbolt 4 serta pengecasan 65W.
Acer TravelMate P4

Siri ini pula hadir dengan tiga jenis model dan yang utama adalah model P4 Spin 14 yang mempunyai kebolehan untuk dilipat sehingga 360 darjah.
Spesifikasi dalamannya pula hadir untuk model P4 16 juga yang mana terdiri daripada pilihan cip sehingga Intel Core Ultra 7, memori jenis SDRAM DDR5 dan storan PCIe Gen 4.
Lain pula untuk model TravelMate P4 14, ia hanya hadir dengan pilihan cip sehingga AMD Ryzen 7 PRO dan disokong memori SDRAM DDR5 dan storan PCIe Gen 4.
Kelengkapan lain bagi ketiga-tiga model adalah sama iaitu jenis IPS LCD dengan resolusi WUXGA (1920 x 1200) dan lengkap dengan ciri Acer ProShield Plus, Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.3 dan kamera web FHD (1920 x 1080) 60FPS.
Ketersediaan produk Acer TravelMate di Malaysia masih belum diketahui tetapi harga untuk pasaran global adalah seperti di bawah.
- Acer TravelMate P6 14 (TMP614-73) = EUR1,359 (~RM6,967.85)
- Acer TravelMate P4 Spin 14 (TMP414RN-54) = EUR1,019 (~RM5,224.61)
- Acer TravelMate P4 16 (TMP416-53) = EUR959 (~RM4,916.97)
- Acer TravelMate P4 14 (TMP14-42-TCO) = EUR949 (~RM4,865.70)
Beli produk Acer di:
Shopee – https://invl.io/cll0z37
Lazada – https://invol.co/cll0z3h
{suggest}
Sumber: Siaran Media Acer


