Dah cuba Duo, Echo, dan SlowMo?

Dalam kemas kini terbaru yang dilepaskan untuk pengguna aplikasi Instagram baru-baru ini telah dimuatkan 3 ciri terbaru yang khusus untuk digunakan pada video pendek Boomerang.

IKLAN

3 ciri baru itu adalah tetapan efek untuk Boomerang iaitu Duo, Echo, dan SlowMo.

Efek SlowMo akan menjadikan video Boomerang anda diperlahankan. Eco pula akan memasukkan efek seperti motion blur dan imej berganda. Manakala efek Duo pula menjadikan video Boomerang diulang main yang disertakan bersama efek glitch dan digital.

IKLAN

Jadi kepada para pengguna tegar Instagram khususnya bagi mereka yang gemar membuat video Boomerang, bolehlah cuba 3 efek baru tersebut dengan mengemas kini aplikasi Instagram di dalam peranti pintar anda dengan versi terbaru.

IKLAN