Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Memperkenalkan Kad Profil Digital Yang Lebih Interaktif

Instagram Memperkenalkan Kad Profil Digital Yang Lebih Interaktif

Diterbitkan Oktober 16, 2024 · Dikemas kini Oktober 16, 2024 oleh Rushsyafizal

Instagram telah melancarkan ciri baharu yang menarik perhatian ramai pengguna iaitu Kad Profil Digital. Dengan ciri ini, anda kini boleh berkongsi akaun Instagram anda dengan cara yang lebih menyeronokkan dan interaktif. Daripada hanya memberi Instagram handle, pengguna boleh menghantar kad profil dua muka yang memaparkan kod QR, gambar profil, bio, dan maklumat lain yang terdapat pada profil Instagram anda.

Instagram Memperkenalkan Kad Profil Digital Yang Lebih Interaktif

Apa yang menarik, anda boleh menambah pautan peribadi dan lagu pilihan pada kad profil anda, menjadikannya lebih unik dan sesuai dengan personaliti anda. Selain itu, pengguna juga boleh menukar gambar latar belakang kad profil mereka, memberikan rupa seperti kad perniagaan digital yang lengkap untuk akaun Instagram.

Kad profil ini direka untuk memudahkan pengguna berkongsi akaun mereka dengan rakan atau kenalan baharu. Ini memberi pandangan yang menyeluruh mengenai minat atau kandungan yang anda kongsikan di Instagram, terutamanya berguna untuk pencipta kandungan yang ingin berhubung dengan perniagaan atau kolaborasi.

Untuk melihat kad profil anda, pergi ke profil Instagram anda dan pilih “Share Profile”. Di bahagian atas skrin, anda boleh klik ikon pensel untuk menyunting elemen pada kad profil anda.

Anda boleh menukar pautan, latar belakang, dan memilih lagu kegemaran. Setelah siap, kad tersebut boleh dikongsi kepada rakan atau dimuat turun untuk dikongsi di platform lain. Ciri menarik lain adalah pilihan “Add to Story” yang akan mencipta kad dua muka yang berputar secara automatik dan boleh disesuaikan.

Kad Profil Digital ini menjadikan perkongsian akaun Instagram lebih menarik dan kreatif, sekali gus mengeratkan lagi hubungan dalam komuniti digital.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Apple Umum iPad Mini Dengan Cip A17 Pro, Harga Bermula RM2199
  • Android 15 Versi Stabil Kini Tersedia Untuk Peranti Pixel
  • Ini Siri OPPO Find X8, Hadir Dengan Butang Kamera
  • Beralih Ke EV Akan Menyebabkan Kehilangan Pekerjaan - Pengerusi Toyota

Sumber: TheVerge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY