Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram- Ciri Perkongsian Foto Peribadi Bersama Kenalan Pilihan Kini Dalam Tempoh Percubaan

Instagram- Ciri Perkongsian Foto Peribadi Bersama Kenalan Pilihan Kini Dalam Tempoh Percubaan

Diterbitkan Jun 28, 2017 oleh Haikel Areff

Awal hari ini Instagram telah memperkenalkan satu ciri baru yang dipanggil ‘Favorites’, dimana pengguna dapat mengirim gambar di Instagram secara private dan memilih kenalan pilihan yang boleh melihat gambar atau video peribadi yang telah dikirimkan tersebut.

Menurut Robby Stein, Ketua Pemasaran Produk Instagram, mereka berusaha membawakan ciri ini lebih daripada setahun yang lalu, dan ianya akan diperkenalkan secara rasmi tidak lama lagi.

Instagram- Ciri Perkongsian Foto Peribadi Bersama Kenalan Pilihan Kini Dalam Tempoh Percubaan

Pengguna hanya perlu memilih kenalan dalam senarai ‘Favorites’. Senarai yang dipilih sahaja yang akan dapat menonton kiriman peribadi ini.

Kenalan yang terpilih pula akan dapat lihat tag bewarna hijau di bahagian atas, yang bermakna mereka adalah yang terpilih dan mendapat hak keistimewaan untuk melihat kiriman peribadi tersebut.

Pengguna boleh sunting atau menambah kenalan dalam senarai “Favourite” pada bila-bila masa. Langkah ini dilihat dapat memberi pilihan kepada pengguna yang mahukan privasi.

Ciri ini masih dalam tempoh percubaan dan dijangka akan diperkenalkan secara rasmi dalam masa terdekat ini.

Sumber: The Verge

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
  • Jensen Huang Dilantik Semula Sebagai CEO Nvidia Berkuat Kuasa Serta Merta
  • MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit
  • CIMB OCTO Kini Boleh Anggar Jejak Karbon Daripada Perbelanjaan Kad
  • Wise Naikkan Had e-Wallet Kepada RM50,000, Tertinggi Di Malaysia
  • JPJ Wajibkan Pengguna Kemas Kini Maklumat Profil, Persediaan Untuk Ciri Digital Baharu
  • Signal Tambah Perlindungan Skrin Untuk Hadkan Akses Pembantu AI Seperti Gemini, Siri AI
  • CARSOME Premium Dilancar, Kereta Terpakai BMW Dan Mercedes-Benz Dengan Waranti Sehingga 5 Tahun
©2026 WISER.MY