Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Capai 700 Juta Pengguna, Mungkin Cecah Angka 1 Bilion Pada Tahun 2017

Instagram Capai 700 Juta Pengguna, Mungkin Cecah Angka 1 Bilion Pada Tahun 2017

Diterbitkan April 27, 2017 · Dikemas kini April 27, 2017 oleh Helmi Samsuri

Instagram bukan sekadar berkembang, tetapi berkembang dengan sangat pantas.

Itulah yang mampu dikatakan apabila melihat kepada pengumuman yang dibuat oleh platform perkongsian gambar popular tersebut.

Sejumlah 100 juta pengguna direkodkan mendaftar dengan Instagram sejak 4 bulan yang lepas dan ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah 700 juta orang pengguna.

 

Peningkatan yang ketara ini mungkin disebabkan dari ciri-ciri baru yang diperkenalkan seperti Instagram Stories, muat naik gambar lebih daripada satu foto, dan juga fungsi ‘live video’.

Mari kita lihat peningkatan jumlah pengguna Instagram (dipetik dari laman Recode);

  • 400 juta pengguna ->500 juta pengguna (9 bulan)
  • 500 juta pengguna -> 600 juta pengguna (6 bulan)
  • 600 juta pengguna -> 700 juta pengguna (4 bulan)

Jika tren ini berterusan, dijangka pengguna Instagram bakal mencecah 800 juta pengguna pada penghujung Julai, 900 juta pengguna pada penghujung September, dan 1 bilion pada lewat tahun 2017 ini.

Buat masa sekarang, Facebook, Whatsapp dan Messenger yang berjaya mencecah angka 1 bilion pengguna.

instagram_user_comparison_01

Nampaknya monopoli sosial media di pegang oleh sebuah syarikat… Facebook.

Sumber: Instagram, Recode

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY