Rasanya pasti ramai yang pernah menerima mesej tersebut. Jangan kata golongan berusia, orang muda pun kadangkala terperangkap dengan mesej palsu Shopee itu.
Buat makluman, Shopee mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai individu yang ditugaskan untuk menghantar mesej kepada pengguna melalui WhatsApp terutama jika ada tawaran menarik dan sebagainya.
Tambahan lagi, mereka menegaskan yang mana sebarang "lucky draws", "tap & win" dan "spin and win" hanya berjalan di aplikasi rasmi Shopee. Namun begitu, Shopee masih ada laman Facebook dan WhatsApp juga. Cumanya, akaun tersebut ada label verified.
Oleh yang demikian, sekiranya anda menerima mesej yang menawarkan peluang pekerjaan atau pertandingan berkaitan Shopee atau juga telah diperdaya oleh scammer, anda diminta untuk terus melaporkan kepada polis segera.
Bagi memudahkan, anda boleh melaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui:
- SEMAKMULE - Sebuah platform PDRM untuk menyemak akaun bank atau nombor telefon yang disyaki telah terlibat dalam jenayah. Anda boleh ketahuinya di SINI
- CCID Infoline (8AM-12AM) - Semak status laporan polis menerusi WhatsApp di 013-2111222
- CCID Scam Response Centre (8AM-8PM) - Talian hotline PDRM untuk melaporkan scam di 03-26101559/03-26101599
Baca juga:
5 Barang Mesti Beli Untuk Rider Foodpanda, GrabFood, dan Sewaktu Dengannya
Cara Tebus Kredit RM400 Di Shopee Dan Lazada Bagi Program SAVE 3.0
5 Aksesori Berkualiti Bawah RM50 Untuk Pengguna iPhone