Elak Ditipu Dengan Harga Laptop Yang Tidak Munasabah Dengan Cara Ini

Sejak kebelakangan ini, pasaran buat komputer riba dan tablet boleh dikatakan tidak munasabah disebabkan PdPR.

Berikutan itu juga, KPDNHEP turut membuat pemeriksaan dan pemantauan harga bagi barangan-barangan ini.

Selain itu, sebagai pengguna yang bijak, anda juga boleh mengambil inisiatif sendiri untuk mengelakkan diri daripada tertipu dengan harga barangan ini terutama dalam pembelian dalam talian.

Oleh itu, anda boleh ikuti cara ini dengan menggunakan portal CCID menerusi semak mule untuk menyemak serta melaporkan sebarang peniaga yang mencurigakan dengan meletakkan tanda harga yang 'luar biasa'.

Pertama sekali, pergi ke portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM melalui pautan ini atau anda juga boleh memuat turun aplikasi ini di Android Play Store.

Setelah itu, anda dapat lihat dua kategori yang diberikan iaitu nombor akaun bank dan nombor telefon.



Anda perlu pilih salah satu daripada kategori tersebut untuk memasukkan nombor akaun bank atau nombor telefon bagi peniaga yang anda sedang berurus niaga.

Masukkan Captcha yang diberi dan klik pada bahagian "Semak Maklumat".



Jika anda mengikuti dengan cara yang betul, maklumat nombor akaun bank atau nombor telefon yang dimasukkan akan terpapar sama ada ia pernah dilaporkan individu lain sebagai scammer.

Walau bagaimanapun, jika ia memaparkan tiada laporan yang dibuat, tidak bermakna anda selamat lagi kerana mungkin nombor tersebut masih belum diterima sebagai laporan kepada pihak polis.

Portal ini adalah sebagai langkah awal yang anda boleh lakukan bagi mengelakkan diri daripada mudah ditipu.

Itu sahaja yang dapat kami kongsikan pada kali ini. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa scammer lagi. Selamat mencuba!

 

 

 

Berkaitan