Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
save 3.0 Shopee Lazada

Cara Tebus Kredit RM400 Di Shopee Dan Lazada Bagi Program SAVE 3.0

Diterbitkan Januari 10, 2022 · Dikemas kini Januari 10, 2022 oleh Amsyar Latif

Kerajaan baru-baru ini telah melancarkan Program Sustainablity Achieved via Energy Efficiency (SAVE) 3.0. Program ini menawarkan e-rebat sehingga RM400 untuk pembelian peralatan elektrik cekap tenaga.

Sebelum ini, program SAVE 2.0 menawarkan e-rebat sebanyak RM200 kepada isi rumah bagi pembelian penyaman udara atau peti sejuk sahaja yang mana telah menerima label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST). Jadi, SAVE 3.0 ini meliputi lebih banyak pilihan kategori peralatan elektrik.

Jangan keliru, program ini tidak terhad untuk mangsa banjir sahaja. Namun, anda boleh menyemak terlebih dahulu syarat kelayakannya seperti:

  • Rebat ini terhad kepada satu akaun sahaja bagi pembelian untuk 2022 berdasarkan kepada ‘first come first serve basis’
  • Hanya warganegara Malaysia memiliki akaun elektrik tarif domestik berdaftar dengan syarikat-syarikat utiliti (TNB, SESB, SEB dan NUR Power)
  • Bagi penerima e-rebat SAVE 2.0, anda hanya layak untuk tebus kategori dua sahaja
  • Pembelian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi Shopee, Lazada dan PG Mall. Boleh juga melakukan penebusan dan pembelian di kedai atau pasar raya berdaftar. Rujuk di SINI untuk mengetahui kedai yang berdaftar.

Syarat SAVE 3.0

Seperti yang dinyatakan, terdapat dua kategori di bawah Program SAVE 3.0, iaitu:

  • Kategori 1 – Peti sejuk dan penyaman udara
  • Kategori 2 – Televisyen, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro dan periuk nasi

Kategori SAVE 3.0

Cara Penebusan di Shopee

Untuk penebusan, anda boleh klik pautan INI. Kemudian, pilih produk yang disenaraikan dan mempunyai tag ‘SAVE 3.0’. Seterusnya, mesej penjual dan mereka akan membantu anda dalam mendapatkan baucar. Setelah diterima, penjual akan memberikan anda kod baucar dan boleh terus tekan “Shop Vouchers” serta masukkan kod tersebut semasa ‘Check Out’.

Boleh rujuk gambar di bawah:

cara tebus

Sekiranya ada yang mahukan pembelian di Lazada, caranya juga sama. Anda boleh klik di SINI.

SAVE 3.0 Infografik

Buat makluman, penebusan dan pembelian Program SAVE 3.0 ini boleh dibuat bermula hari ini (Januari) sehingga Disember 2022.

Baca juga:

  • Cara Tukar Kad ATM Maybank Guna Maybank2U

  • 5 Fakta Menarik Tentang Proton Malaysia Yang Mungkin Anda Tak Pernah Dengar

  • 5 Telefon Edisi Khas Yang Pasti Buatkan Peminat Anime Terliur

 

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY