Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini Telefon Kedua Selepas OPPO Yang Guna Lensa Makro Teleskopik, Boleh Ambil Gambar Makro Dari Jauh

Posted on Januari 10, 2022Januari 10, 2022

Tecno baru-baru ini telah mengumumkan teknologi sensor IS untuk kamera telefon pintar. Sebelum ini, syarikat tersebut telah mengacah lensa makro teleskopik tersebut pada pertengahan bulan Disember yang lalu.

Dengan penggunaan teknologi ini, Tecno mengatakan bahawa ia akan memberi pengalaman baharu ketika mengambil gambar makro. Pengguna juga boleh mengambil gambar makro tanpa perlu dekat dengan subjek. Ini kerana, lensa makro ini boleh renggang keluar daripada modul kameranya.

Dengan menawarkan 5x zoom optikal, Tecno mendakwa bahawa kualiti gambar makro mereka adalah setanding dengan gambar yang diambil daripada lensa kamera utamanya. Tecno juga menyertakan bukaan yang besar dalam menghasilkan gambar yang cantik menggunakan teknologi ini.

OPPO juga ada memperkenalkan teknologi yang sama  menerusi ciapan mereka di Twitter. Dalam video tersebut, OPPO menunjukkan kamera-retractable yang digunakan pada kamera utama telefon tersebut.

Most pop-ups are annoying…

But not our self-developed retractable camera! 😉

Explore more in INNO WORLD on 14/12.#OPPOINNODAY2021 pic.twitter.com/33hgJSw8If

— OPPO (@oppo) December 7, 2021

Buat masa ini, syarikat Tecno ini masih lagi tidak memaklumkan maklumat lanjut berkenan pelancaran telefon tersebut. Namun apa yang pasti, ia akan dilancarkan pada tahun ini juga.

Sumber: GSMArena

  • Ini Telefon Gaming Pertama Tahun 2022, Lenovo Legion Y90
  • Apple Sedang Uji iPhone Boleh Lipat, Mungkin Dilancar Tahun Depan Dengan Ramalan Harga ~RM6300
  • Cip Surge P1 Ciptaan Xiaomi Mampu Benarkan Bateri 4600mAh Dicas Dalam 18 Minit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress