Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cip Surge P1 Ciptaan Xiaomi Mampu Benarkan Bateri 4600mAh Dicas Dalam 18 Minit

Cip Surge P1 Ciptaan Xiaomi Mampu Benarkan Bateri 4600mAh Dicas Dalam 18 Minit

Diterbitkan Januari 7, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Xiaomi 12 Pro yang dilancarkan di China minggu lalu menyaksikannya sebagai telefon pertama yang menggunakan cip Surge P1. Cip daripada Xiaomi ini bukanlah bertujuan menggantikan cip pemproses utama daripada Snapdragon, MediaTek atau sebagainya namun ia dibangunkan untuk meningkatkan prestasi pengecasan.

Surge P1 adalah cip ketiga dari siri ini manakala Surge C1 yang kedua dan Surge S1 merupakan yang pertama dibangunkan oleh pengeluar berpengkalan di Haidian itu.

Ibarat menyelam sambil minum air, Surge P1 ini bukan sahaja memberi pengecasan yang lebih pantas tetapi juga menjaga kesihatan bateri dengan suhu yang tidak melampau semasa telefon dicas. Cip ini juga telah melalui sebanyak 2,500 ujian dalaman sebelum digunakan pada peranti secara rasmi.

surge p1

Dengan teknologi yang dibangunkan Xiaomi, Surge P1 membenarkan bateri sebesar 4600mAh dicaj hanya dalam masa 18 minit. Untuk makluman, Xiaomi 12 Pro berkapasiti 4600mAh yang dilengkapi Surge P1 ini menyokong pengecasan pantas 120W berwayar, 50W tanpa wayar dan 10W pengecasan berbalik.

Xiaomi 12 Pro juga dikatakan hanya mencapai suhu maksimum 37ºC semasa dicas.

Untuk keselamatan, cip ini mempunyai sehingga 42 tahap perlindungan keselamatan berbanding 34 tahap pada generasi sebelumnya serta mempunyai pengiktirafan  TÜV Rheinland Safe Fast Charging System 3.0.

Xiaomi berkata ini hanya titik permulaan untuk mereka dan mereka akan terus meneroka perkara baru untuk memajukan lagi teknologi bateri dan pengecasan.

Sumber: Mydrivers

Baca juga:

  • MIUI 13 Dinobatkan Juara ‘Skin’ Paling Lancar, MIUI 12 Langsung Tidak Tersenarai
  • Pertama Kali Di Malaysia, Beli Mac/iPad Dapat Airpods Percuma

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY