Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme 11 5g malaysia

realme 11 5G Berharga RM1,199, Dilengkapi Kamera 108MP

Diterbitkan Ogos 30, 2023 · Dikemas kini Ogos 30, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

realme Malaysia telah melancarkan peranti kelas pertengahan baharu mereka untuk pasaran tempatan iaitu realme 11 5G untuk RM1,199.

Ia dikuasakan cip Dimensity 6100+ 5G, RAM sebesar 8GB dan storan 256GB dengan slot kad mikroSD.

realme 11 5g – 1

Selain itu, ia juga tampil dengan skrin IPS 6.72″ beresolusi FHD+ yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksimum 550 nit.

realme 11 5g – 1

Dua kamera di belakang terdiri daripada lensa 108MP dan 2MP potret. Bagi swafoto, pengguna disajikan dengan lensa 16MP.

Berkaitan

  • (Ulasan) realme 11 Pro+ 5G - Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati
  • Pakej 5G Rahmah: B40 Boleh Beli Telefon 5G Untuk RM120 Sahaja
  • Pakej 5G Rahmah: Yes Tawar RM35 Untuk 100GB, RM58 Untuk Data Tanpa Had

realme 11 5g – 3

Dalam pada itu, telefon ini mengandungi bateri sebesar 5000mAh yang menyokong SuperVOOC 67W.

realme 11 5G akan menjalankan realme UI 4.0 berasaskan Android 13.

realme 11 5g – 4

Jika berminat, ketahuilah ia hadir dalam 2 pilihan warna – Glory Black dan Glory Gold.

  • realme 11 5G (8GB+256GB) – RM1,199 (Shopee/Lazada)

Berminat? Boleh pergi ke kedai rasmi realme Malaysia melalui pautan INI untuk ke Shopee atau pautan INI jika mahu dapatkannya Lazada.

Spesifikasi penuhnya pula di laman web realme.

Sumber: realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY