Samsung Galaxy S23 FE adalah antara peranti Android yang ditunggu-tunggu ketika ini. Dan peranti S23 FE tersebut juga dilaporkan telah lama tersedia untuk dilancarkan.
Baru-baru ini, Pihak Berkuasa Pensijilan Telekomunikasi China, TENAA telah mendedahkan spesifikasi lengkap akan Samsung Galaxy S23 FE.

Berdasarkan imej di atas, S23 FE berkemungkinan besar guna cip Snapdragon 8 Gen 1 atau Exynos 2200, memori RAM 8GB dan pilihan storan 128GB dan 256GB.
Selain itu, peranti ini dilengkapi skrin Super AMOLED 6.3″ beresolusi FHD+ dan menyokong kadar segar semula 120Hz.
Dari segi kamera pula, S23 FE menggunakan tetapan 3 kamera – 50MP utama, 8MP telefoto, 12MP ultra-lebar dan 10MP swafoto.
Peranti ini disokong bateri berkapasiti 4,370mAh sahaja yang setara dengan S23+ yang menyokong pengecasan pantas 25W, serta menjalankan OneUI 5.1 yang berasaskan Android 13.
Samsung Galaxy S23 FE dijangka hadir seawal hujung tahun ini dan Samsung juga didakwa akan menjadikan barisan FE ini sebagai siri yang berterusan setiap tahun.
Beli Samsung Galaxy di Lazada – https://invol.co/cljf11r
Beli Samsung Galaxy di Shopee – https://invl.io/cljf124
Sumber: My Fix Guide



