Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini Spesifikasi OnePlus 9 RT, Akan Dilancarkan 13 Oktober

Posted on Oktober 11, 2021

Mac lepas, siri OnePlus 9 telah pun dilancarkan secara rasmi, iaitu OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro serta OnePlus 9R. Kini, mereka mengesahkan kehadiran peranti terbaru mereka menerusi OnePlus 9RT pada 13 Oktober ini.

Mungkin agak pelik yang dilakukan kerana sebelum ini OnePlus tampil dengan model “T”. Namun kali ini mereka memperkenalkan pula versi “RT”.

Melalui OnePlus 9 RT, ia akan didatangkan cip pemproses Snapdragon 888 yang dipadankan memori LPDDR5 dan storan UFS 3.1 yang mungkin sehingga 12GB RAM serta storan dalaman hingga 256GB.

Selain itu, bekalan bateri sebesar 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W. Turut dilengkapi skrin AMOLED E4 dengan kadar segar semula 120Hz dan mungkin mempunyai paparan rata berukuran 6.55 inci beresolusi 1080×2400.

Dari segi kamera, ia akan tampil dengan kamera 50MP utama dan dijangka dipadankan dengan 8MP/16MP ultra lebar serta 2MP makro.

Oleh itu, beberapa hari sahaja lagi sebelum kita tahu harga jualan rasminya. Berkemungkinan ia lebih “mampu milik” berbanding siri OnePlus 9 yang lain.

Sumber: mysmartprice

Baca juga:

  • OnePlus 9R Turut Diumumkan – Cip Snapdragon 870, Panel 120Hz

  • Mulai Tahun 2022, OnePlus Akan Guna Sistem Operasi Gabungan OxygenOS Dan ColorOS

  • Nothing ear (1) Akan Dilancarkan Di Malaysia Minggu Depan

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress