Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 9 Dan 9 Pro Dilancarkan, Ini Spesifikasi Penuh

OnePlus 9 Dan 9 Pro Dilancarkan, Ini Spesifikasi Penuh

Diterbitkan Mac 23, 2021 · Dikemas kini Mac 24, 2021 oleh Amalina Athman

Penantian kini berakhir apabila OnePlus secara rasmi hari ini melancarkan siri OnePlus 9. Melalui siri OnePlus 9, ia hadir dengan dua model iaitu OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro.

OnePlus 9 Dan 9 Pro Dilancarkan, Ini Spesifikasi Penuh

Kedua-dua model hadir dengan janaan cip pemproses Snapdragon 888 yang digandingkan bersama RAM sehingga 12GB yang berasaskan LPDDR 5 dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1. 

OnePlus 9 Dan 9 Pro Dilancarkan, Ini Spesifikasi Penuh

OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro dimuatkan dengan bateri berkapasiti 4,500mAh bersama sokongan pengecasan Warp Charge 65T melalui port USB-C serta pengecasan tanpa wayar Warp Charge 50 Wireless.

Antara lainnya adalah sokongan Bluetooth 5.2, Wi-Fi 6, pembesar suara stereo dan sebagainya. Tiada bicu audio 3.5mm yang disertakan untuk kedua-dua peranti.

Ia masih menjalankan sistem operasi OxygenOS yang berasaskan Android 11. Antara perbezaan lain adalah seperti di bawah.

OnePlus 9 Pro

OnePlus 9 Dan 9 Pro Dilancarkan, Ini Spesifikasi Penuh

Seperti namanya, OnePlus 9 Pro merupakan varian paling berkuasa dalam siri ini. Ia dilengkapi skrin melengkung bersaiz 6.7-inci Fluid Display 2.0 bersama resolusi 2K dengan panel LTPO OLED yang menyokong kadar segar semula adaptif dari 1Hz hingga 120Hz. 

pelancaran OnePlus 9 Pro

Menggunakan sistem kamera Hasselblad, OnePlus 9 Pro dilengkapi tetapan 4 lensa dengan 48MP (Sony IMX789) utama, 50MP (IMX766) ultra-lebar, 8MP telefoto dan 2 MP monokrom. Kamera swafoto didatangkan dengan sensor 16MP.

OnePlus 9 Dan 9 Pro Dilancarkan, Ini Spesifikasi Penuh

Bagi meningkatkan kualiti imej, ia turut mempunyai Natural Color Calibration. Sokongan Hasselblad Pro Mode turut dimuatkan pada peranti ini.

Untuk rakaman video pula, ia menyokong rakaman 8K 30fps dan 4K 120fps. Ia turut hadir dengan sokongan Sony Digital Overlap HDR (DOL-HDR).

pelancaran OnePlus 9 Pro

OnePlus 9 Pro didatangkan dengan 3 pilihan warna iaitu Stellar Black, Morning Mist dan Pine Green.

OnePlus 9

OnePlus 9 Dan 9 Pro Dilancarkan, Ini Spesifikasi Penuh

OnePlus 9 dilengkapi skrin rata berukuran 6.55-inci OLED dengan resolusi FHD+ serta kadar segar semula 120Hz.

OnePlus 9 Dan 9 Pro Dilancarkan, Ini Spesifikasi Penuh

Untuk kamera, ia dimuatkan dengan 48MP (Sony IMX689) utama, 50MP (IMX766) ultra-lebar dan 2MP monokrom. Kamera swafoto pula didatangkan dengan 16MP.

Untuk rakaman video, ia turut mempunyai sokongan rakaman sehingga 8K 30fps dan DOL-HDR.

pelancaran OnePlus 9 Pro

Ia hadir dengan 3 pilihan warna iaitu Arctic Sky, Winter Mist, dan Astral Black.

Harga jualan

Berikut adalah harga jualan bagi OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro:

OnePlus 9

  • 8GB+128GB – ₹ 49,999 (~RM2836)
  • 12GB+256GB – ₹ 54,999  (~RM3120)

OnePlus 9 Pro

  • 8GB+128GB – ₹ 64,999 (~RM3687)
  • 12GB+256GB – ₹ 69,999 (~RM3971)

Buat masa ini, belum lagi diketahui bila peranti ini akan hadir untuk pasaran tempatan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY