Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 9R Turut Diumumkan – Cip Snapdragon 870, Panel 120Hz

OnePlus 9R Turut Diumumkan – Cip Snapdragon 870, Panel 120Hz

Diterbitkan Mac 24, 2021 oleh Amalina Athman

Semalam, OnePlus telah pun mengumumkan dua model dalam siri OnePlus 9 iaitu OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro. Selain dua model berkenaan, OnePlus turut melancarkan OnePlus 9R, khusus untuk pasaran India buat masa ini.

OnePlus 9R Turut Diumumkan – Cip Snapdragon 870, Panel 120Hz

OnePlus 9R dilengkapi skrin berukuran 6.55-inci AMOLED dengan resolusi FHD+ serta sokongan kadar segar semula 120Hz. Panel skrin turut mempunyai sokongan HDR10+.

Peranti ini dijana cip pemproses Snapdragon 870 dengan varian memori 8GB+128GB dan 12GB+256GB berasaskan UFS 3.1.

OnePlus 9R

Terdapat empat lensa yang ditempatkan di bahagian belakang, di mana ia dibarisi 48MP utama, 16MP ultra lebar, 5MP makro dan 2MP monokrom. Di bahagian hadapan pula dimuatkan dengan 16MP kamera swafoto. Untuk rakaman video, ia menyokong rakaman sehinggga 4K 30/60fps.

OnePlus 9R

Sama seperti OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro, ia didatangkan dengan bateri berkapasiti 4,500mAh bersama pengecasan pantas Warp Charge 65W melalui Type-C.

Antara lainnya adalah sokongan 5G, Bluetooth 5.1, NFC, Wi-Fi 6 dan sebagainya. Ia turut menjalankan sistem operasi Oxygen OS berasaskan Android 11.

OnePlus 9R

OnePlus 9R ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Lake Blue dan Carbon Black. Untuk pasaran India, peranti ini ditawarkan pada harga ₹39,999 (~RM2277) bagi 8GB+128GB dan ₹43,999 (~RM2505) untuk 12GB+256GB.

Sumber: OnePlus

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY