Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Untitled design (33)

Ini Senarai Promosi Xiaomi Sempena 11.11

Diterbitkan November 5, 2024 oleh Rushsyafizal

Xiaomi kini mengumumkan pelancaran produk AIoT baharunya serta senarai produk dalam promosi eksklusif mereka sempena 11.11.

Xiaomi TV A 65 2025

Ini Senarai Promosi Xiaomi Sempena 11.11

Model terbaru dalam siri Xiaomi TV A Pro 2025 ini tampil dengan skrin 65 inci untuk pengalaman tontonan lebih imersif. Ia dilengkapi paparan 4K QLED, Dolby Audio, DTS X, dan reka bentuk bezel ultra slim. Ia dijual dengan berharga RM2,599.

Xiaomi Smart Band 9 Pro

Xiaomi Smart Band 9 Pro (1)
Menampilkan skrin AMOLED 1.74 inci, badan aloi aluminium, dan 150 mod sukan, ia turut menyokong pemantauan kesihatan menyeluruh. Daya tahan bateri sehingga 21 hari, ditawarkan pada harga RM339.

Xiaomi Smart Band 9 Active

Xiaomi Smart Band 9 Active (1)
Dilengkapi skrin 1.47 inci, Smart Band 9 Active menyokong 50 mod sukan, kalis air sehingga 50m, dan pemantauan kesihatan harian. Ia berharga RM129 dan sesuai untuk aktiviti harian.

Xiaomi Robot Vacuum X20 Max dan X20 Pro

Ini Senarai Promosi Xiaomi Sempena 11.11

Model ini menawarkan pembersihan cekap dengan stesen serba lengkap. X20 Max hadir dengan kuasa sedutan 8000Pa, manakala X20 Pro 7000Pa. Tersedia pada harga RM3,499 (X20 Max) dan RM3,199 (X20 Pro), ia akan mula dijual pada 10 November.

Senarai produk pada promosi eksklusif sempena 11.11

Screenshot 2024-11-05 113537

Bermula 10 hingga 13 November 2024, peminat teknologi di Malaysia berpeluang menikmati tawaran hebat ke atas pelbagai produk pintar dari Xiaomi secara eksklusif dalam talian di Shopee, Lazada, dan mi.com.

Beli di:

Shopee – https://invl.io/cllwcgd

Lazada – https://invol.co/cllwcgh

{suggest}

Sumber: Siaran media Xiaomi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY