Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini Senarai Permainan Bergenre Seram Yang Dijadual Hadir Pada Tahun 2024

Posted on Disember 22, 2023

Selain daripada tiga anugerah yang dikaut oleh permainan Alan Wake 2 dalam anugerah The Game Awards 2023, permainan ini juga telah dinobatkan sebagai ‘Horror Game of the Year‘ untuk tahun 2023.

Walaupun kajian telah menetapkan genre permainan paling popular pada tahun 2023 ini adalah permainan aksi dan pengembaraan, permainan seram juga merupakan antara pilihan permainan yang popular bagi para streamer di platform penstriman seperti YouTube dan Twitch.

Sehubungan dengan itu, ini adalah antara permainan seram yang dijadual akan hadir pada tahun 2024.

The Last of Us Part II Remastered

Selepas Naughty Dog menetapkan kehadiran The Last of Us Remastered melalui pemberitahuan di laman web mereka, permainan seram ini hanya akan tersedia di platform PS5 sahaja bermula 19 Januari 2024.

Permainan ini juga akan hadir dengan mod survival roguelike dengan harga RM209.

Alone in the Dark Remake

Untuk pengetahuan anda, Alone in the Dark merupakan permainan teka teki seram yang telah pun dilancarkan pada tahun 1992 sebagai permainan seram survival yang menggunakan reka bentuk karakter poligon dengan kadar grafik yang rendah.

Namun, ia akan terima versi Remake dengan cara permainan yang berbeza serta melibatkan dua karakter utama mereka iaitu David Harbour dan Jodie Corner. Tarikh pelancaran yang dijadualkannya untuk hadir di platform PS5, Xbox Series S/X dan PC adalah 16 Januari 2024.

Little Nightmares 3

Little Nightmares juga merupakan permainan teka teki seram dengan paparan pandangan satu arah yang dikategorikan sebagai permainan naratif seram yang popular dalam kalangan streamer.

Walaupun ketersediannya telah ditetapkan untuk platform Nintendo Switch, PC, PS4 & 5, Xbox One serta Xbox Series X/S pada 2024, tarikh sebenarnya masih belum didedahkan.

Tormented Souls 2

Permainan seram yang bercirikan survival dan naratif ini dibintangi oleh Anna yang menjadi mangsa kepada penyakit kronik yang misteri. Dengan derita yang dialaminya, dia mesti menyelamatkan adiknya dengan bantuan daripada kuasa supernatural.

Permainan ini hanya dijangka akan tersedia dalam tahun 2024 tanpa tarikh yang pasti untuk platform PS5, Xbox Series X dan PC.

S.T.A.L.K.E.R. 2: Heart of Chornobyl

Dengan jangkaan ketibaan pada suku pertama tahun 2024, S.T.A.L.K.E.R. 2: Heart of Chornobyl akan membawa pemain merasai pengalaman sebagai watak yang meneroka dunia yang penuh dengan raksasa mutan demi membongkar misteri fenomena itu.

Permainan ini juga akan tersedia untuk platform PC dan Xbox Series X. Kemasukannya untuk platform PlayStation masih belum dipastikan.

{suggest}

Sumber: sportskeeda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress