Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (82)

The Last Of Us II Remastered Kini Tersedia Untuk PS5 Pada Januari 2024

Diterbitkan November 20, 2023 oleh Muhd Idham

Syarikat permainan video, Naughty Dog, kini telah mengesahkan ketibaan The Last Of Us II Remastered untuk konsol PS5. Berita ini telah disiarkan di laman web rasmi mereka sendiri pada hari Jumaat yang lepas.

The Last of Us II Remastered yang merupakan siri permainan aksi dan pengembaraan ini telah mendapat penambahan baharu iaitu mod survival roguelike yang dipanggil sebagai “No Return” dan mod “Guitar Free Play“.

The Last Of Us II Remastered Kini Tersedia Untuk PS5 Pada Januari 2024
Mod “No Return”
The Last Of Us II Remastered Kini Tersedia Untuk PS5 Pada Januari 2024
Mod “Guitar Free Play”

Selain itu, pengurus kandungan editorial, Jonathon Dornbush, memberi penerangan bahawa permainan siri baharu ini akan menawarkan output 4K (fidelity mode) dan 1440p upscaled 4K (performance mode). Bagi anda yang menggunakan TV yang menyokong VRR, pilihan untuk framerate akan tersedia di dalam tetapan permainan.

Jika sebelum ini anda bermain The Last of Us II di PS4, anda boleh menaik taraf ke versi Remastered dengan harga USD10 (~RM46.79) tanpa kehilangan simpanan permainan di versi lama.

Versi ini dijangka akan keluar pada 19 Januari 2024 dengan pra-tempah yang boleh dibuat pada 5 December 2023.

Untuk maklumat lanjut tentang perkembangan The Last of Us II Remastered ini, anda boleh rujuk di laman web rasmi Naughty Dog.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Jom Ke Expo Hobi Malaysia 2023, Tiket Berharga RM15 Untuk 2 Hari
  • Hati-Hati Dengan Laman Sesawang "Tabung Haji"
  • Tak Sampai Sehari, Nothing Chats Dialih Keluar Dari Google Play Store

Sumber: Naughty Dog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY