Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maxis, TM Lanjutkan Perjanjian Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Sehingga 2029

Maxis, TM Lanjutkan Perjanjian Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Sehingga 2029

Diterbitkan Disember 21, 2023 oleh Amalina Athman

Maxis kini mengumumkan perjanjian dengan TM, untuk mengakses perkhidmatan premium Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) dilanjutkan sehingga tahun 2029.

Berkaitan

  • Maxis Beri Naik Taraf Kelajuan Percuma Dan Pelan Fiber Baharu Serendah RM89
  • Maxis Naik Taraf Bonus Data 5G Sehingga 1TB Untuk Pengguna Pascabayar
  • Maxis eKelas Kini Tersedia Di Seluruh Negara Melalui DELIMa

Melalui perjanjian itu, Maxis akan terus mengakses rangkaian fibre atau gentian nasional TM untuk menyediakan penawaran internet jalur lebar yang kompetitif kepada pengguna.

Dengan kerjasama ini juga membolehkan Maxis untuk memperluas jangkauan ketersambungan internet berkelajuan tingginya ke lebih banyak premis seluruh negara, serta melengkapkan rangkaian gentian binaannya sendiri. Sehingga kini, Maxis menyediakan ketersambungan gentian kepada lebih 700,000 kediaman dan perniagaan.

Selain akses HSBB yang standard, Maxis mengatakan perkhidmatan premium di bawah kerjasama ini termasuk keperluan tambahan yang akan membantu syarikat itu memberi pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan serta meningkatkan kecekapan. Ini termasuk penyelesaian ketersambungan dan digital sehenti untuk pelanggan perusahaan.

Untuk rekod, kerjasama tersebut bermula pada tahun 2010 apabila Maxis menjadi penyedia telekomunikasi pertama yang menandatangani perjanjian akses HSBB bersama TM.

Sumber: Maxis Newsroom

Gambar utama: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY