Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini Sejumlah Ciri Baharu Yang Tersedia Di Telegram

Posted on Disember 1, 2023Disember 1, 2023

Telegram kini mengeluarkan kemas kini dengan sejumlah ciri baharu. Antaranya termasuk pos semula Stories, tambah mesej video pada Stories, warna profil, transkripsi suara untuk semua pengguna dan banyak lagi.

{suggest}

Berikut merupakan antara ciri baharu yang tersedia di Telegram.

1. Suara-ke-Teks

Sejak 2022, pengguna Premium boleh melakukan transkripsi mesej suara dan video dalam teks bahasa yang berbeza. Dengan kemaskini ini, semua pengguna boleh menukar sehingga 2 mesej seminggu ke dalam teks – caranya, hanya tekan Ikon →A.

https://army.wiser.my/wp-content/uploads/2023/12/Voice-to-text-to-Major-Tom___.mp4

Ciri ini akan dilancarkan secara berperingkat.

2. Pos Semula Stories

Pengguna kini boleh reposted Stories dari rakan atau channel ke laman profil. Pengguna juga boleh menambah konten tambahan seperti teks, audio atau komen video – dengan tetapan keterlihatan yang berasingan.

Bagaimanapun, bagi melindungi privasi, hanya Stories yang ditetapkan sebagai “Everyone” boleh dipos semula.

3. Mesej Video Stories

Apabila ingin memuat naik Stories, pengguna boleh menambah mesej video. Saiz mesej video juga boleh dikecil atau dibesarkan mengikut kesesuaian. Untuk merakam mesej video, tekan lama ikon kamera dalam suntingan Stories.

Seperti dinyatakan di atas, Stories yang dipos semula juga menyokong mesej video.

4. Wallpaper untuk kedua pihak

Pengguna Premium kini boleh menetapkan wallpaper bagi kedua belah pihak. Untuk menetapkannya, buka profil pengguna, tekan tiga titik dan pilih “Change Wallpaper”.

5. Warna Profil

Sebelum ini, Telegram sedia membenarkan pengguna Premium untuk memilih warna bagi nama profil, pautan yang dikirim serta mesej balas. Kini, pengguna Premium boleh memilih kombinasi warna unik dan logo untuk profil.

Untuk menyesuaikan mesej atau profil, pergi ke Settings > Chat Settings > Change Your Color pada Android. Sementara untuk iOS pula, ia berada di bawah Settings > Appearance > Your Color.

6. Kesan Khas ‘Thanos Snap’ untuk iOS

https://army.wiser.my/wp-content/uploads/2023/12/Ive-seen-things-you-people-wouldnt-delete___.mp4

Mesej auto-deleted untuk iOS kini dilengkapi animasi apabila tamat tempoh bagi masa yang ditetapkan.

7. Kod dalam Mesej

Semua aplikasi Telegram kini dapat mengesan bahasa pengekodan serta highlight sintax yang digunakan dalam mesej yang dihantar dengan format kod.

Menurut Telegram, kemas kini ini sudah tersedia untuk semua pengguna iOS dan muat turun Telegram untuk Android secara langsung dari telegram.org/android. Versi Google Play sedang dinilai oleh gedung aplikasi itu dan dijangka tersedia dalam masa tersekat.

Sumber: Telegram

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress