Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (89)

Cara Elak Termasuk ‘Channel’ Telegram Yang Pelik-Pelik Atau Meragukan

Diterbitkan November 22, 2023 oleh Muhd Idham

Walaupun dahulu telah banyak artikel dan tips yang dibuat bagi mengatasi masalah pengguna platform Telegram daripada menjadi mangsa ‘scammer‘, kini masalah itu telah muncul semula.

Hal ini disebabkan oleh platform Telegram telah mendapat beberapa kemas kini dan naik taraf aplikasi yang membuatkan orang lupa dan tidak prihatin akan tetapan bagi ciri terbaru itu.

Kalau dibandingkan dengan aplikasi Telegram yang dahulu, ia tidak mempunyai ciri terbaru seperti saluran dan “Stories” seperti di aplikasi Instagram.

Sama seperti artikel yang pernah ditulis di Wiser.my sebelum ini, pentadbir (admin) kepada sesuatu saluran itu juga mempunyai kebolehan untuk menjemput pengguna-pengguna Telegram yang lain sama seperti admin kumpulan.

Untuk mengatasi isu ini daripada bangkit semula, anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah.

Pertama sekali, buka aplikasi Telegram di telefon pintar anda dan tekan garis tiga di bahagian atas kanan paparan.

Seterusnya, tekan pilihan “Settings” dan pergi ke bahagian “Privacy and Security“.

Phone Wallpaper (4)
Phone Wallpaper (5)

Apabila anda tatal ke bawah, anda akan nampak di dalam bahagian “Privacy” akan tersenarai bahagian yang boleh diakses oleh pihak tertentu. Anda hanya perlu tekan pada pilihan “Everybody” yang sebaris dengan “Group & Channels” dan paparan tetapan akses akan keluar.

Phone Wallpaper (6)

Di dalam paparan ini, anda boleh tetapkan kebenaran akses terhadap akaun Telegram anda kepada pihak yang anda kehendaki. Sama ada anda membenarkan kenalan sahaja (My Contacts) atau tiada siapa pun (Nobody) dapat akses akaun anda untuk ke pelbagai kumpulan dan saluran.

Phone Wallpaper (8)
Phone Wallpaper (7)

Dengan ini, anda tidak perlu risau dengan ketibaan anda secara mengejut ke dalam kumpulan dan saluran rawak yang tidak dikenali.

Akhir sekali, sebagai peringatan, sekiranya anda dimasukkan ke dalam saluran (channel) telegram yang meragukan, sila abaikan kerana ia semestinya scam terutama saluran pelaburan.

Selain itu, jangan menekan pautan-pautan yang tidak dikenalpasti asal usulnya kerana ia berpotensi sebagai pancingan data.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • ROG Phone 6 Adalah Peranti Rasmi Untuk Kejohanan MLBB M5
  • 2 'Game' Ini Percuma Sekarang, Rating Lebih 4 Bintang
  • Ini Inovasi MSI Yang Menarik Perhatian Dalam Anugerah CES 2024

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY