Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sebilangan Pengguna Dah Boleh Cuba Main ‘Game’ Di YouTube

Sebilangan Pengguna Dah Boleh Cuba Main ‘Game’ Di YouTube

Diterbitkan September 7, 2023 · Dikemas kini September 7, 2023 oleh Amalina Athman

Pada Jun lalu, Google dilapor bereksperimen untuk menambah ciri yang membolehkan pengguna bermain game melalui “Playables” di YouTube. Namun, awalnya ia hanya menjemput kakitangannya untuk mencuba ciri permainan itu.

Terbaharu, syarikat itu berkata Playables kini mula tersedia kepada sebilangan pengguna.

Berkaitan

  • YouTube Bereksperimen Untuk Ceburi Arena 'Game' Dengan Playables
  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • Pengguna YouTube Kelak Boleh Cari Lagu Dengan Lebih Mudah
  • YouTube Music Kini Papar Lirik Dalam Masa Nyata

Jika sebahagian daripada eksperimen, pengguna akan melihat bahagian “Playables” tersedia di paparan utama YouTube, yang boleh diakses sama ada melalui aplikasi atau pelayar. Sebagai tambahan, pengguna juga boleh melihat atau mengawal sejarah Playables, serta menyimpan progress permainan dalam YouTube History.

Namun, buat masa ini, tiada butiran lanjut yang disertakan mengenai jenis permainan yang tersedia di Playables. Juga, belum diketahui bila ia akan tersedia secara umum.

Ketika ini, YouTube bukan satu-satunya platform penstriman video yang mula menawarkan permainan dalam aplikasi. Netflix terlebih dahulu telah melakukannya, tetapi dilihat kurang mendapat sambutan.

Sumber: YouTube

Gambar utama: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY