Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube_Business Insider

Pengguna Premium Kini Boleh Cuba Satu Lagi Ciri Baharu Di YouTube

Diterbitkan Julai 18, 2023 · Dikemas kini Julai 18, 2023 oleh Amalina Athman

YouTube kini menguji satu lagi ciri baharu yang lebih memudahkan pengguna untuk memainkan video pada kelajuan 2x.

Berkaitan

  • Pengguna Mungkin Boleh Tinggalkan Komen Di YouTube Music Kelak
  • YouTube Uji Ciri 'Lock Screen' Untuk Pengguna Premium
  • YouTube Uji Ciri 'Stable Volume'

Ketika ini, di peranti mudah alih, untuk menetapkan kelajuan main balik (playback speed), ianya perlu dilakukan melalui pilihan tetapan yang tersedia di bahagian penjuru kanan.

Terbaharu, YouTube menguji cara baharu untuk memainkan video pada kelajuan 2x, terutamanya ketika menonton Podcast dan sebagainya.

YouTube 2x speed

 

Pengguna hanya perlu tekan lama (long press) pada mana-mana bahagian pemain semasa menonton video. Seterusnya, kelajuan main balik video akan ditingkatkan kepada 2x secara automatik, sehingga jari dilepaskan daripada skrin.

Bagaimanapun, jika kelajuan main balik ingin ditingkatkan sepanjang video dimainkan, menetapkannya di bahagian tetapan video adalah lebih baik.

Ciri ini sudah pun boleh diuji oleh pengguna Premium sehingga 13 Ogos 2023. Caranya, klik pada bahagian profil, pilih “Your Premium benefits” dan tekan “Try new features”. Kemudian klik pada ciri yang ingin diuji.

Selain ciri ini, YouTube juga sedang menguji ciri “Lock Screen” dalam tempoh yang sama. Akan tetapi, perlu diketahui, anda hanya boleh mencuba satu ciri dalam satu masa.

Gambar utama: Business Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY