Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Music

YouTube Music Kini Papar Lirik Dalam Masa Nyata

Diterbitkan Ogos 25, 2023 · Dikemas kini Ogos 25, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

YouTube Music hari ini telah menyediakan sebuah ciri baharu iaitu lirik yang segerak dengan nyanyian lagu. Kata mudahnya, “live lyrics“.

Kemas kini  aplikasi dalam telefon anda melalui App Store atau Play Store untuk menikmati. Ya, semua pengguna sudah boleh menikmatinya sejak beberapa jam lepas.

yt music lirik live

Akan tetapi, tidak semua lagu disertakan ciri ini, sama dengan platform lain yang mempunyai ciri ini. Namun, ciri ini tidak tersedia untuk YouTube Music versi web.

Ciri lirik yang terpaut dengan nyanyian (live lyrics) ini sudah pun ada pada Spotify dan Apple Music sejak beberapa tahun lalu dan ia antara ciri digemari pengguna kerana memudahkan pengguna mengikuti lirik.

Berkaitan

  • YouTube Premium Family Untuk Pengguna Malaysia Naik RM7
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • YouTube Sedang Uji Terhadkan 3 Video Jika Pengguna Pakai 'Ad Block'
  • Pembelian Telefon realme Lebih Berbaloi Di 4 Kedai Ini

Dengan penyertaan ciri lirik segerak, YouTube Music kini setahap mengejar pesaingnya. Kita pun tahu, antara kekuatan YouTube Music ialah pengkalan datanya yang besar kerana ia juga mengandungi kandungan daripada video YouTube.

Akan tetapi, kekurangan utama platform ini ialah kualiti audionya yang masih tidak setanding Spotify apatah lagi Apple Music.

Andai kata suatu hari nanti YouTube Music juga menyediakan kualiti audio yang lebih tinggi, saya sangat yakin ramai pengguna akan berpindah ke platform ini dan meninggalkan Spotify.

Jika anda sedang mencari soundbar, boleh rujuk artikel INI atau klik laman Shopee INI.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY