Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Platfom Enjin Carian DuckDuckGo Semakin Menjadi Pilihan Pengguna Yang Mahukan Privasi

Kerana Carian Lucah Dan Perjudian, DuckDuckGo Disekat Di Indonesia

Diterbitkan Ogos 5, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 5, 2024 oleh ariff bukhari

DuckDuckGo mengesahkan bahawa Indonesia telah menyekat enjin cariannya di negara itu

“Kami boleh mengesahkan bahawa DuckDuckGo telah disekat di Indonesia kerana dasar penapisan mereka. Malangnya, tiada laluan semasa untuk dinyahsekat, sama seperti bagaimana kami telah disekat di China selama kira-kira sedekad sekarang,” kata DuckDuckGo kepada BleepingComputer.

Sekatan yang dikenakan ke atas enjin carian yang memfokuskan privasi itu dibuat selepas rakyat negara itu dilaporkan mengadu tentang kandungan lucah dan perjudian dalam talian dari hasil cariannya.

Pada Januari 2024 lalu, Indonesia telah mengumumkan bahawa mereka telah bertindak menyekat hampir 600,000 portal perjudian dalam talian dan mengambil tindakan terhadap 5,000 akaun bank yang terlibat dengan kegiatan itu.

Kerajaan itu juga sebelum ini telah menyekat banyak tapak pornografi, Reddit dan Vimeo dan mengenakan sekatan sementara atau separa ke atas Tumblr, Telegram, TikTok, Netflix dan Badoo.

Ekoran itu, pengguna di Indonesia telah menggunakan perisian Virtual Private Network (VPN) sebagai alternatif untuk memintas sekatan tersebut.

Walau bagaimanapun, kerajaan Indonesia merancang untuk menyekat VPN percuma.

Berkaitan

  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini

Sumber: Bleeping Computer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY