Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anthropic Siasat Dakwaan Akses Tanpa Kebenaran Mythos Preview

AS Tarik Balik Kawalan Eksport, Akses Claude Fable 5 Kembali Tersedia Bermula Esok

Diterbitkan Julai 1, 2026 ยท Dikemas kini Julai 1, 2026 oleh Amalina Athman

Anthropic hari ini memaklumkan Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) telah menarik balik kawalan eksport yang sebelum ini menyebabkan akses kepada model AI Claude Fable 5 dan Claude Mythos 5 digantung.

Susulan keputusan itu, Anthropic mengesahkan Claude Fable 5 akan kembali tersedia kepada pengguna di seluruh dunia bermula esok menerusi Claude Platform, Claude.ai, Claude Code dan Claude Cowork.

Untuk pelanggan pelan Pro, Max, Team serta Enterprise terpilih, penggunaan Claude Fable 5 akan dikira sehingga 50% daripada had penggunaan mingguan sehingga 7 Julai 2026, sebelum beralih kepada sistem kredit penggunaan selepas tarikh tersebut. Anthropic turut memaklumkan akses melalui AWS, Google Cloud dan Microsoft Foundry akan diaktifkan semula secepat mungkin.

Anthropic Fable 5

Bagi Claude Mythos 5 pula, Anthropic memaklumkan akses telah dipulihkan kepada sebahagian organisasi di AS selepas mendapat kelulusan kerajaan pada 26 Jun. Syarikat itu kini sedang bekerjasama dengan kerajaan AS untuk memperluaskan akses kepada lebih banyak rakan domestik dan antarabangsa yang menyertai program Project Glasswing.

Sebelum ini, Anthropic terpaksa menyahaktifkan kedua-dua model itu selepas menerima arahan daripada kerajaan AS di bawah kawalan eksport atas alasan berkaitan keselamatan negara. Arahan tersebut berkuat kuasa terhadap semua warga asing, sama ada berada di dalam atau di luar AS, termasuk kakitangan Anthropic yang bukan warganegara AS.

Pada masa itu, Anthropic menjelaskan pihaknya difahamkan tindakan kerajaan AS dibuat susulan dakwaan terdapat kaedah untuk memintas atau jailbreak Claude Fable 5.

Namun, syarikat itu berkata teknik berkenaan hanya mendedahkan beberapa kelemahan kecil yang sememangnya telah diketahui sebelum ini. Anthropic turut mendakwa model AI lain yang tersedia secara umum juga mampu mengenal pasti kelemahan yang sama tanpa memerlukan kaedah tersebut.

Sebagai rujukan, Claude Fable 5 dilancarkan secara umum pada 10 Jun menerusi Claude API, Claude Platform di AWS, Amazon Bedrock, Google Cloud dan Microsoft Foundry. Sebaliknya, Claude Mythos 5 hanya ditawarkan kepada pelanggan terpilih di bawah Project Glasswing dan tidak tersedia untuk penggunaan umum.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Akur Arahan 'Keselamatan Negara' AS, Anthropic Tutup Akses Model Fable 5 Dan Mythos 5
  • Micron Umum Kerjasama Dengan Anthropic, Libatkan Bekalan Memori Dan Storan Untuk Infrastruktur AI
  • Claude Sonnet 5 Dilancarkan - Kini Model 'Default' Untuk Pengguna Percuma, Pro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY