Ini Rahsia Kenapa Telefon Pintar Buatan China Dijual Murah

Samsung, Apple dan Sony adalah antara nama-nama besar yang memonopoli pasaran telefon pintar dunia suatu ketika dahulu.

Hari berganti hari, tahun silih berganti syarikat pengeluar telefon pintar kian bertambah dan kebanyakkannya berasal dari China.

Walaupun Samsung dan Apple (Sony?) masih mendapat sambutan hangat daripada pembeli, lambakan model keluaran syarikat pengeluar China dilihat telah memberi saingan hebat.

Mari kita lihat syarikat mana yang berasal dari China:

  • Huawei

  • Xiaomi

  • OPPO

  • ZTE

  • Lenovo

  • Meizu

  • Vivo


Diatas merupakan sebahagian besar jenama telefon pintar yang semakin menguasai pasaran telefon pintar bukan sahaja di Tanah Besar China, bahkan disegenap pasaran global.

Cuba kita berpatah balik 10 tahun lalu, apa tanggapan anda tentang peranti keluaran China?

Tiruan, mudah rosak, tidak berkualiti. Ya anda boleh sambung sendiri.

Namun itu dahulu, namun kini peranti dari China sudah mampu menandingi peranti keluaran syarikat gergasi yang lain terutama sekali Apple dan Samsung.

Ramai mungkin tertanya-tanya bagaimana syarikat China mampu menghasilkan peranti yang terbaik dan dijual pada harga yang berpatutan.

Memetik artikel dari laman Prophethacker, dibawah adalah alasan mengapa telefon pintar keluaran China dijual pada harga murah:

Kos pekerja yang rendah




Ya, ini merupakan faktor penyumbang kenapa harga telefon pintar syarikat dari China boleh dijual murah.

Untuk pengetahuan anda semua upah tenaga pekerja di China merupakan antara yang termurah di dunia dan ia merupakan sebab mengapa banyak syarikat membina kilang pengeluaran di sana.

Sumber bahan mentah




Selain kos tenaga kerja yang murah, China juga mempunyai sumber bahan mentah yang banyak.

Jika kita bandingkan penghasilan sumber bahan mentah antara India, Amerika Syarikat dan China:


  • India (2.5%)




  • Amerika Syarikat (13%)




  • China (95%)




Jelas sekali ini menunjukkan mengapa China mampu menjadi pengeluar utama telefon pintar dunia.

Tumpu pada pasaran atas talian




Dizaman yang semakin canggih ini, pembeli lebih terarah kepada jual beli melalui e-dagang.

Beli-belah menerusi "kedai maya" tampak semakin berkembang dan syarikat-syarikat dari China dilihat memberi tumpuan lebih kepada pasaran atas talian.

Jika dilihat kepada syarikat seperti Samsung dan Apple, mereka membelanjakan sejumlah wang untuk membina rangkaian kedai dan sudah semestinya ia memerlukan kos untuk kekal beroperasi.

Seimbangkan harga dengan prestasi




Ia merupakan salah satu penyebab kerana jika anda lihat pengeluar China menghasilkan telefon yang seimbang dari segi harga dan prestasi.

Jual pada harga sekian, maka setakat itulah prestasi telefon anda.

Sebagai contoh, pengeluar China tidak menggunakan RAM DDR4 sebaliknya masih mengekalkan RAM DDR3.

Skrin paparan yang digunakan juga murah dan berkualiti rendah jika dibandingkan dengan skrin AMOLED ataupun IPS.

Hasilkan produk dengan kuantiti yang terhad




Salah satu cara kaedah pemasaran di China adalah mewujudkan permintaan keatas sesuatu produk.

Sekiranya produk yang dihasilkan itu habis dijual sudah pasti ia menarik perhatian pembeli yang lain untuk membeli.

Anda ingat tentang Xiaomi Mi 4? Ia habis dijual dalam masa 37 saat di ruang membeli belah atas talian Flipkart!