Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pengecasan pantas bahaya

‘Fast Charging’ Lagi Bahaya? Jawapannya Adalah Benar Dan Salah Pada Masa Sama

Diterbitkan April 21, 2022 · Dikemas kini November 25, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

HyperCharge, Dart, SuperVOOC, FlashCharge dan pelbagai nama lagi sering diiklankan jenama telefon telefon pintar untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.

Justeru, kita sering dikejutkan dengan pengecasan 100W, 150W daripada satu-satu jenama kerana teknologi ini dimajukan mereka sendiri.

Baik, antara perkara pertama anda perlu tahu ialah kebanyakan telefon akhir zaman ini menggunakan bateri jenis Li-ion atau lithium-ion.

Cukup selamatkah teknologi ini?

Untuk mudah difahamkan, telefon dicas dalam beberapa fasa untuk penuh dari 0%-100%. Kita ringkaskannya pada dua fasa.

iQOO Umum Pengecasan Pantas 120W Secara Rasmi – Boleh Penuhkan 4000mAh Dalam Masa 15 Minit

Fasa pertama, arus masuk dengan kadar maksimum yang disokongnya seperti 18W, 65W, 150W. Di sinilah pengecasan pantas berlaku.

Fasa kedua bermula apabila bateri mencapai sekitar 80% di mana telefon mula mengehadkan arus yang masuk dan pengecasan pantas terhenti.

Jadi, masa diambil dari 80% ke 100% ini lebih lama daripada 0% ke 80% walaupun peratusan bateri sedikit.

Kenapa tak laju sampai habis?

bateri fon wide

Bayangkan bateri sebagai span. Sewaktu kering, ia menyerap dengan pantas dan banyak sekali air tetapi apabila hampir penuh, ia tidak lagi mampu menyerapnya.

Air yang terbazir ini adalah seperti arus elektrik yang tidak diserap oleh bateri.

Menurut pakar, pada tahap sekitar 50%, bateri Li-ion sudah tidak menyerap tenaga secekap sebelumnya.

Dengan kepantasan yang tinggi, pastinya arus terbazir ini berbahaya kerana boleh merosakkan komponen dalaman.

Disebabkan inilah hampir kesemua telefon hari ini akan mengehadkan kelajuan arus selepas bateri mencapai 80% supaya bateri dapat menyerapnya dengan cekap dan tiada pembaziran berlaku.

Bukan itu sahaja, haba pun semakin berkurangan.

Jadi, apa yang bahaya?

Secara teknikal, pengecasan pantas tidak membahayakan bateri kerana telefon akan menerima arus mengikut tahap yang disokongnya sahaja walaupun pengecas mempunyai kemampuan lebih.

fast charging xiaomi

Telefon yang menyokong had yang tinggi ini pula sememangnya dibina untuk itu, jadi tidak ada risiko kerosakan di situ.

Isunya, penghasilan haba. Secara sainsnya, lebih laju arus bergerak, lebih banyak haba terhasil.

Seperti kita ketahui haba yang terlalu tinggi memang memberi kesan buruk pada bateri.

Jadi, yang menjadi kerisauan ialah haba terhasil, bukan kesan arus pada komponen elektrik.

Jadi, bahaya ke tak pengecasan pantas?

Ringkasnya, tidak.

Jika anda menggunakan telefon yang menyokong pengecasan pantas, usah risau kerana sistemnya memang sudah dibina untuk mengawal arus masuk agar kesihatan telefon terjamin.

Untuk haba pula, penghasilannya memang tidak dapat dielakkan, jadi anda hanya perlu elakkan daripada melakukan aktiviti berat semasa mengecas .

Disebabkan ini juga pengeluar melengkapkan telefon masing-masing dengan sistem penyejukan.

Tetapi, oleh kerana haba yang terhasil pengecas berkelajuan tinggi ini lebih banyak berbanding pengecas biasa, maka logiknya ia lebih memberi kesan buruk pada bateri.

Macam mana nak ‘fast charging’ tapi selamat?

Xiaomi Umum Teknologi ‘MagSafe’ Sendiri, Lebih Pantas Dan Lebih Sejuk

Penghasilan haba memang tidak dielakkan ketika mengecas apa pun. Jadi, elakkan daripada melakukan aktiviti yang boleh menambah haba pada telefon.

Oleh itu, kurangkan guna telefon semasa mengecas, jangan tinggalkannya di tempat bersuhu tinggi dan elakkan memakai casing tebal.

Dengan memakai casing, haba akan terperangkap dan tidak dapat lesap dengan efisien.

Tetapi, jika anda masih takut, boleh saja guna pengecas yang rendah kelajuannya kerana haba dikeluarkan lebih rendah.

Cumanya anda perlu menunggu lebih lama untuk bateri penuh.

Perlu ke risau?

Jangan terlalu luangkan banyak masa dan tenaga memikirkan tentang jangka hayat bateri.

Gunakannya seperti biasa kerana perisian dan bateri kini sudah cukup pintar.

Berita baiknya, teknologi bateri berkembang dengan agak pesat. Semua pengeluar sentiasa berlumba dalam menghasilkan kualiti bateri yang lebih baik dan maju.

Apa-apapun, jangan lupa bahawa sifat bateri memang mengurang. Jadi, tidak kira sebagus mana pun anda menjaganya, kapasitinya dan jangka hayatnya tetap akan menurun sama ada cepat atau lambat.

Sumber: How To Geek, Slashgear, Cnet, MakeUseOf

Berkaitan

  • Bateri Li-Ion Dan Li-Po Dalam Telefon Pintar: Apa Perbezaan Mereka?
  • Kajian Buktikan 'Dark Mode' Memang Jimat Bateri Tapi Dengan Satu Syarat
  • Samsung Dilapor Akan Guna Teknologi Bateri Kereta Elektrik Pada Telefon Seterusnya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY