Anda 'Legend' Kalau Pernah Guna Siri Telefon Sony Ericsson Ini

Sebelum wujudnya telefon pintar yang ada kini, ada beberapa jenama telefon 'legend' yang menjadi kegilaan ramai termasuk Sony Ericsson.

Siapa tak kenal Sony Ericsson, bukan?

Sony Ericsson (SE) pada asalnya ditubuhkan pada tahun 2001.

Jenama ini merupakan satu usaha sama antara dua nama besar dalam industri iaitu syarikat Sony dari Jepun dan syarikat Ericsson dari Sweden.

Kerjasama hebat ini telah berjaya mengeluarkan antara telefon mudah alih yang paling ikonik dalam sejarah.

Ayuh kita imbas kembali nostalgia telefon Sony Ericsson yang pernah menjadi 'legend' dulu.

Sony Ericsson Siri-W


Walkman, jenama ikonik pemain muzik mudah alih Sony sejak tahun 1970-an, telah digunakan untuk telefon muzik seperti W800.

sony ericsson legend Kapsyen: Sony Ericsson W800


SE W800 Walkman dari tahun 2005 telah didatangkan dengan fon kepala dalam telinga, kad Memory Stick Duo Pro 512MB, dan mempunyai butang muzik khusus.

{suggest}

W800 kemudian telah digantikan oleh W810, yang selain daripada perubahan luaran, menggantikan joystick di atas numpad dengan kekunci biasa.

sony ericsson legend Kapsyen: Sony Ericsson W810


Untuk pengetahuan anda, SE W810 berjaya terjual sebanyak 15 juta unit.

SE Siri-W merangkumi telefon dalam semua jenis faktor bentuk - daripada peluncur (slider) popular seperti W910 dan W830, kepada clamshell seperti W300.



Terdapat juga model W880 dan W890 yang bertubuhkan logam, dan juga telefon pintar berasaskan muzik W950 dan W960 berkuasa Symbian.


Sony Ericsson Siri-K


Sony Ericsson Siri-K kebanyakannya dikhaskan untuk telefon yang mengkhususkan kamera.

Walaupun bukan telefon Siri-K yang pertama, model K750 yang menjadi pencetus era siri kamera ini, dengan mekanisme penutup kamera yang mudah digunakan di mana anda hanya perlu buka untuk menghidupkan kamera.

sony ericsson legend Kapsyen: Sony Ericsson K750


Bukan itu sahaja, ia juga hadir dengan butang kamera dan dwi denyar (flash) LED untuk mencerahkan persekitaran yang gelap.

Model K750 adalah lebih kurang sama dengan W800, tanpa ciri yang memfokuskan muzik.

Dengan kemunculan model K800i, barisan siri K mendapat penjenamaan Cybershot ikonik Sony, yang lagi menjelaskan bahawa siri ini tertumpu pada kualiti kamera.

sony ericsson legend Kapsyen: Sony Ericsson K800i


K800i telah dinaik taraf daripada flash LED kepada flash xenon, yang jarang kita lihat hari ini.

K800 telah digantikan oleh K810, kemudian K850, yang selain daripada meningkatkan prestasi kamera, menambah ciri seperti mekanisme penutup lensa automatik.



Menariknya, selain daripada telefon berorientasikan kamera ini, siri K juga menampilkan beberapa telefon mesra dompet, termasuk K300 dan K310, yang kedua-duanya terjual sehingga 15 juta unit.


Sony Ericsson Siri-P


Siri P oleh Sony Ericsson ini boleh diibaratkan dengan siri Galaxy Note oleh Samsung.

Siri ini bermula dengan SE P800 pada tahun 2002, telefon pintar Personal Digital Assistant (PDA) berkuasa Symbian.

Kapsyen: Sony Ericsson P800


P800 mempunyai skrin sentuh, stylus, dan pad kekunci nombor flip yang menutup separuh daripada skrin.

Ia juga mempunyai dail jog seperti BlackBerry di sisi untuk menatal menu.

Model P900 pula menggantikan bahagian luar plastik P800 dengan rupa dan rasa yang lebih canggih, bersama-sama dengan kemas kini perkakas.

Seterusnya, SE P910 hadir dengan butang pada numpad lebih besar, menjadikannya lebih mudah untuk diklik.

Kapsyen: Sony Ericsson P910


Apa yang penting, ia juga mempunyai papan kekunci QWERTY penuh sebaik sahaja anda membuka flip.

Cuba anda bayangkan pada zaman itu, ada telefon dengan numpad tradisional, papan kekunci QWERTY dan skrin sentuh? All in one, bak kata orang putih.

Model P990 pula telah meletakkan papan kekunci QWERTY di bahagian bawah skrin dan bukannya pada flip.

sony ericsson legend Kapsyen: Sony Ericsson P990


Telefon ini memasuki pasaran pada pertengahan 2006, dan hanya setahun kemudian, iPhone pula hadir mencetuskan revolusi telefon pintar baharu.

Kesimpulan


Akhir kata, zaman kegemilangan Sony Ericsson dengan mudahnya dicantas oleh Apple.

Walau apa pun, Sony Ericsson telah banyak menyumbang memori nostalgia yang saya pasti ramai setuju.

Sumber: MENSXP, gagadget

Baca juga:

Berkaitan