Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pilihan tak setuju polisi WhatsApp

Ini Pilihan Yang Ada Sekiranya Tidak Mahu Terima Polisi Privasi WhatsApp

Diterbitkan Februari 19, 2021 · Dikemas kini Februari 19, 2021 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini telah berkongsi rancangan terkini mengenai bagaimana pihaknya akan meminta pengguna untuk melihat semula polisi privasi baharu mereka.

Seperti sebelum ini, WhatsApp menyatakan mesej peribadi akan sentiasa mempunyai penyulitan hujung ke hujung. Dalam beberapa minggu akan datang, banner akan dipaparkan pada aplikasi WhatsApp, di mana ia akan memberikan lebih banyak maklumat bagi mengatasi kebimbangan pengguna.

Sebagai tambahan, pengguna akan diingatkan untuk menyemak dan menerima pengemaskinian polisi privasi baharu untuk terus menggunakan WhatsApp.

Ini Pilihan Yang Ada Sekiranya Tidak Mahu Terima Polisi Privasi WhatsApp

Pada masa yang sama, pihaknya juga memahami sesetengah orang mungkin mencuba perkhidmatan lain untuk melihat apa yang ditawarkan. Bagaimanapun, WhatsApp menyatakan aplikasi lain mungkin kurang “dipercayai dan selamat” daripada WhatsApp. Mereka juga akan berusaha untuk mencari pelbagai cara bagi memenuhi keperluan pengguna, walaupun terpaksa menerima data pengguna yang terhad.

Bagi polisi privasi baharu, pengguna kini mempunyai tempoh sehingga 15 Mei 2021 untuk melihat semula dan menerima privasi baharu ini.

Jika anda sudah pun menekan butang “Accept”, tetapi ingin membatalkan penerimaan polisi baharu sebelum dilaksanakan sepenuhnya selepas 15 Mei nanti ATAU atau langsung tidak mahu menerima polisi privasi baharu, terdapat beberapa pilihan yang disediakan oleh WhatsApp.

Pilihan yang ada sekiranya tidak mahu terima polisi privasi baharu WhatsApp

Sekiranya anda tidak lagi mahu bersetuju dengan pengemaskinian terma dan dasar privasi yang telah anda terima, anda mempunyai beberapa pilihan:

1. Berhenti seketika menggunakan WhatsApp

Akaun WhatsApp akan dipadam selepas 120 hari tidak diaktifkan. Tidak aktif bermakna pengguna tidak mempunyai sambungan internet kepada WhatsApp.

2. Nyahpasang aplikasi WhatsApp

Bagaimanapun, adalah disarankan untuk membuat backup mesej dan media supaya restore dapat dilakukan sekiranya ingin memasang semula aplikasi WhatsApp.

3. Padam Akaun WhatsApp

Jika anda mahukan pilihan yang lebih kekal, anda boleh memadam akaun WhatsApp pada aplikasi Android, iPhone atau KaiOS. Perlu diketahui, akaun yang telah dipadam akan terpadam bersama sejarah perbualan, mengeluarkan anda dari semua grup WhatsApp dan memadam semua data yang telah disandarkan.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, semua pilihan yang diberikan adalah lebih memihak kepada tidak boleh menggunakan WhatsApp sekiranya tidak bersetuju dengan polisi privasi baharu WhatsApp – sama ada cepat atau lambat.

Sumber: WhatsApp 1, WhatsApp 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY