Ini Perbandingan Pakej 5G RAHMAH Paling Berbaloi

Kerajaan secara rasminya sudah pun melancarkan pakej 5G Rahmah sempena Bulan Kebangsaan dan kini ia mula ditawarkan oleh para penyedia perkhidmatan internet iaitu CelcomDigi Berhad (CelcomDigi), Maxis Berhad (Maxis), TM (Unifi Mobile), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), and YTLCommunications Sdn Bhd (Yes).

Pakej 5G RAHMAH tersedia untuk semua rakyat Malaysia.

Jadi antara semua penyedia perkhidmatan yang menawarkannya, yang manakah menjadi pilihan hati anda?

Jom kita lihat apa yang ada ditawarkan oleh para telco menerusi pakej 5G RAHMAH ini.

1. CelcomDigi


Pakej 5G RAHMAH dari CelcomDigi ditawar menerusi pelan XPAX Postpaid dengan Internet 60GB (boleh digunakan pada kedua-dua rangkaian 5G & 4G), panggilan sosial/YouTube tanpa had dan tanpa had, pada hanya RM60/bulan.



CelcomDigi juga menampilkan peranti Samsung Galaxy A14 5G pada harga hanya RM119 dan Honor 90 Lite 5G pada harga hanya RM239 khusus untuk pakej ini.



Malah CelcomDigi juga menawarkan terhad kepada 100,000 pelanggan B40 pertama untuk layak menerima diskaun tambahan sebanyak RM120 menerusi Pakej 5G RAHMAH ini.

Kapsyen: Tawaran rebat peranti khas B40 ini hanya boleh didapati di cawangan Digi Store, Digi Store Express dan Celcom bluecube sahaja.


Untuk info lanjut, layari Pakej 5G Rahmah with XPAX Postpaid | Celcom | CelcomDigi dan Pakej 5G Rahmah | 5G Phones | Digi Postpaid | Digi.

2. Maxis Hotlink


Hotlink menawarkan rebat bernilai RM10 selama 24 bulan menerusi langganan Hotlink Postpaid 70 untuk pakej 5G RAHMAH.

Bermakna anda hanya membayar RM60 sahaja untuk pakej ini dengan kapasiti data sebanyak 105GB.



Menerusi pakej ini juga, Hotlink menawarkan model telefon pintar Samsung Galaxy A14 5G pada harga hanya RM219 dan Honor 90 Lite 5G pada harga RM239 untuk pakej 5G RAHMAH.

Kapsyen: Hotlink akan turut menawarkan pilihan telefon pintar OPPO A78 5G tidak lama lagi untuk pakej 5G RAHMAH mereka.


Tetapi untuk pelanggan B40 mereka pula, ia masing-masing ditawarkan pada harga RM119 dan RM99 sahaja.

Anda perlu pergi sendiri ke stor fizikal Kedai Maxis/ Hotlink yang terdekat dan pihak mereka akan mendaftar untuk anda.

Sekiranya anda layak dan berminat dengan tawaran itu, Maxis akan meneruskan pendaftaran, tertakluk kepada subsidi dan ketersediaan stok.



Untuk info lanjut Pakej 5G RAHMAH Hotlink, layari Pakej RAHMAH: Up To RM1,000 Subsidy For 5G New Smartphone | Hotlink Malaysia.

3. Yes


Yes menyatakan bahawa mereka menawarkan pelan 5G paling berpatutan untuk pakej 5G RAHMAH.

Yes menawarkan sebanyak 2 pilihan pelan menerusi pakej ini iaitu Yes Power 35 RAHMAH berharga RM35/bulan dan Yes Infinite Basic RAHMAH RM58/bulan.

 



Pilihan telefon pintar juga adalah lebih banyak ditawarkan oleh Yes untuk Pakej 5G RAHMAH mereka.



Untuk info lebih lanjut mengenai Yes Power 35 RAHMAH dan Yes Infinite Basic RAHMAH, layari Pakej Yes 5G RAHMAH - Yes | First to 5G.

4. UMobile


UMobile dalam perang Pakej 5G RAHMAH ini pula, mereka menyatakan bahawa pakej 5G merekalah yang terpaling rahmah untuk semua.

Mana tidaknya, UMobile menawarkan data sebanyak 200GB untuk pakej ini pada harga langganan RM58/bulan selama 24 bulan.



UMobile juga menawarkan kepada 100,000 pendaftar pertama daripada kumpulan B40 di seluruh negara untuk mendapatkan subsidi RM12o untuk peranti 5G.

Bermakna, untuk pakej 5G Rahmah ini, pelanggan daripada kumpulan ini boleh mendaftar pakej ini dengan peranti 5G terpilih berharga RM120 sahaja.

Kapsyen: UMobile juga ada tawarkan telefon pintar Samsung Galaxy M14 5G untuk pakej 5G RAHMAH mereka.


Anda boleh kunjungi mana-mana stor UMobile dan pengedar U Mobile di seluruh negara untuk mendaftar Pakej 5G Rahmah ini.

Untuk info lanjut, layari Pakej 5G Terpaling Rahmah | U Mobile.

5. Unifi


TM menerusi Unifi juga tidak ketinggalan menawarkan pakej 5G RAHMAH mereka yang berharga RM60/bulan untuk data sebanyak 60GB dan 10GB Hotspot.



 

Unifi juga menawarkan 2 pilihan telefon pintar untuk pakej ini iaitu Samsung Galaxy A14 5G dan HONOR 90 Lite 5G.

Untuk info lanjut, layari Unifi

Kesimpulan


Dalam pakej 5G RAHMAH ini, daripada 5 telco yang disenaraikan, hanya 1 telco sahaja yang menawarkan data tanpa had iaitu Yes menerusi Yes Infinite Basic RAHMAH RM58/bulan dan Yes juga adalah yang paling banyak menawarkan pilihan telefon pintar.

Kepada mereka yang layak dan mahu nikmati tawaran B40 pula, anda perlu ke stor fizikal telco bagi pendaftaran.

Jelas di sini bahawa menerusi Pakej 5G RAHMAH, kesemua langganan di bawah pakej ini adalah berharga tidak lebih dari RM60.

Menteri Fahmi Fadzil juga sudah menjelaskan bahawa, harga maksimum yang boleh ditawarkan oleh telco adalah sebanyak RM60/bulan menerusi pakej ini.

https://twitter.com/fahmi_fadzil/status/1696758310719086639?s=20

Apa pun, sebelum anda melanggan Pakej 5G RAHMAH dari telco-telco tersebut, ada baiknya anda menyemak liputan rangkaian yang terbaik tersedia di kawasan anda menerusi Peta Jendela.

Jadi, daripada tawaran 5 telco di atas, yang manakah paling menarik perhatian dan berbaloi untuk anda?

{suggest}