Ini Peranti Asus Yang Akan Terima Android 12 Bermula Disember Ini

Siri Pixel 6 menjadi antara yang terawal menggunakan Android 12 dan antara fungsi terbaru yang dapat dinikmati pengguna Android 12 ialah kebolehan untuk memindahkan data WhatsApp dari iPhone ke peranti Pixel mereka.

Awal bulan ini, ASUS telah membuka peluang bagi pengguna Zenfone 8 yang berminat untuk menjadi yang terawal mendapat pengalaman Android 12 pada peranti mereka dengan mendaftar sebagai pengguna beta.



ASUS telah mengeluarkan senarai peranti yang mendapat kemas kini Android 12 yang mengutamakan peranti kelas andalan.

Disember 2021

  • Zenfone 8

  • Zenfone 8 Flip


Suku pertama 2022 (Januari-Mac)

  • ROG Phone 5

  • ROG Phone 5s

  • ROG Phone 5 Ultimate

  • ROG Phone 5s Pro


Pertengahan 2022 (Januari-Jun)

  • Zenfone 7

  • Zenfone 7 Pro

  • ROG Phone 3

  • ROG Phone 3 Strix Edition


Bagi pengguna Zenfone 8 yang mahu menjadi pengguna beta Android 12, anda boleh klik SINI.

Sumber: Siaran Akhbar Asus

Baca juga: