Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ciri Pindah ‘Chat’ WhatsApp Dari iOS Ke Android Diperluas, Janji Guna Android 12

Ciri Pindah ‘Chat’ WhatsApp Dari iOS Ke Android Diperluas, Janji Guna Android 12

Diterbitkan Oktober 27, 2021 oleh Amsyar Latif

September lepas, WhatsApp telah memperkenalkan fungsi pemindahan perbualan (chat) dari iOS ke Android. Namun, Android yang dimaksudkan pada ketika itu hanyalah peranti Samsung yang menjalankan Android 10 dan ke atas sahaja.

Oleh itu, fungsi baharu tersebut kini diperluaskan lagi buat peranti Android yang lain. Menurut Google, pemindahan perbualan dari iOS ke Android sudah tersedia buat semua pengguna Pixel.

Malah, mana-mana telefon pintar baharu akan datang pun akan menyokongnya. Akan tetapi, ia haruslah didatangkan dengan Android 12 dan di pasaran sekarang pula hanya Pixel 6 sahaja sudah menggunakan versi Android terbaru itu.

Ciri Pindah ‘Chat’ WhatsApp Dari iOS Ke Android Diperluas, Janji Guna Android 12

Untuk melakukan pemindahan WhatsApp antara dua peranti tersebut, pengguna perlu menyambungkannya menggunakan kabel USB-C ke Lightning. Kemudian, imbas kod QR yang terpapar dan biarkan prosesnya berjalan.

Bermakna, proses tersebut mirip yang ditawarkan pada Samsung terdahulu. Dalam pada itu, Google ada menyatakan peranti lain yang bakal menaik taraf ke Android 12 turut menerima fungsi tersebut kelak.

Sumber: Google

Baca juga:

  • Facebook Bakal Tukar Nama Syarikat

  • Whatsapp Kini Lebih Selamat Dengan Ciri Baharu

  • Instagram Bakal Uji Ciri Pemberitahuan Bila Berlaku Masalah Teknikal

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY