Ini Mungkin Wajah Sebenar Asus Zenfone 6

Desas-desus mengenai rupa bentuk Zenfone 6 pernah muncul menjengah internet sekitar November tahun lalu.





Ketika itu, terdapat bocoran imej memperlihatkan dua prototaip yang didakwa sebagai Zenfone 6.

Namun, imej yang tertiris baru-baru ini sedikit berlainan (kamera belakang) dan turut kelihatan tetapan tiga kamera bahagian belakang.



Berdasarkan khabar angin ini, kita boleh menganggap Asus bakal menawarkan dua warna iaitu pilihan warna cerun (kombinasi merah dan biru) serta satu lagi adalah hitam.

Panel belakang tidak mempunyai sensor pengimbas cap jari dan ia mungkin berada dibahagian hadapan.

Walaubagaimanapun, tampilan imej ini tidak hadir dengan spesifikasi tetapi menurut ramalan, ia akan dipersenjatakan dengan Snapdragon 855.

Berkemungkinan juga peranti ini akan dilancarkan pada bulan ini atau Mac, sepertimana model Zenfone 5 dan 5Z yang diperkenalkan sekitar Februari 2018.

Sumber: TechRadar