Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Jawapan Huawei Mengenai Dakwaan Menggunakan Gambar Palsu Untuk Promosi Siri Huawei P30

Ini Jawapan Huawei Mengenai Dakwaan Menggunakan Gambar Palsu Untuk Promosi Siri Huawei P30

Diterbitkan Mac 14, 2019 ยท Dikemas kini Mac 14, 2019 oleh Haikel Areff

Huawei sekali dihimpit kontroversi apabila dituduh menggunakan gambar “palsu” bagi mempromosikan model terbaru mereka, siri Huawei P30.

Mereka didakwa menggunapakai gambar stok yang diperolehi dari atas talian yang diambil oleh jurugambar profesional menggunakan kamera DSLR.

Sehubungan dengan itu, Huawei telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjawab pertuduhan berkenaan.

Ini Jawapan Huawei Mengenai Dakwaan Menggunakan Gambar Palsu Untuk Promosi Siri Huawei P30
Weibo/Huawei

Menurut laman Weibo rasmi Huawei, mereka menjelaskan bahawa gambar-gambar tersebut hanya digunakan untuk mempromosikan fungsi yang ada pada peranti berkenaan.

Huawei juga memberitahu mereka telah mendapatkan lesen untuk mengguna semula gambar-gambar berkenaan daripada pemilik asal mereka.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama syarikat dari China itu terpalit dengan kontroversi sebegini.

Sebelum ini, mereka didakwa telah menggunakan gambar yang ditangkap menggunakan DSLR dalam mempromosikan peranti Huawei Nova 3.

Diharapkan Huawei akan lebih berhati-hati dalam melakukan apa-apa promosi bagi produk mereka selepas ini.

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY