Harga Maksimum iPhone 14 Pro Max Lebih Mahal Daripada MacBook Pro M2 13 Inci

Apple pada awal hari ini secara rasminya telah pun melancarkan barisan model terbaru telefon pintar mereka iaitu iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.

Memfokuskan kepada iPhone 14 Pro Max, harga jualannya adalah bermula dari RM5799.

Tetapi harga itu boleh mencecah sehingga RM8,299 dengan spesifikasi tertingginya yang dilengkapi storan 1TB

Harga maksimum itu sekaligus menjadikan ia lebih mahal daripada komputer riba MacBook Pro M2 13 inci.

{suggest}

Malah walaupun selepas RAM MacBook Pro M2 13 inci dinaik taraf kepada 16GB serta storan kepada 1TB sekalipun, harga iPhone 14 Pro Max dengan storan 1TB masih lebih mahal daripada komputer riba tersebut.

MacBook Pro M2 13 inci dengan RAM 16GB dan storan 1TB berharga RM8,099. Sementara iPhone 14 Pro Max dengan storan 1TB pula berharga RM8,299.

 



Komputer riba MacBook Pro 13 inci ini baru sahaja dinaik taraf di mana ia kini dikuasakan oleh cip pemprosesan Apple M2 terbaru dalam bulan Jun 2022 lalu.

Membandingkan 2 produk ini mungkin tidak adil bagi sesetengah pengguna dan penulisan ini hanya sekadar pendapat penulis semata-mata.

Tetapi perbezaan paling ketara antara 2 produk ini adalah MacBook Pro 13 inci disertakan dengan pengecas di dalam kotak.

Manakala iPhone 14 Pro Max hanya hadir dengan kabel USB-C to Lightning sahaja.