Rasmi, Apple Watch Ultra - Sasar Aktiviti Lasak, Bateri Tahan 60 Jam Untuk RM3,799

Apple telah melancarkan Apple Watch Ultra secara rasmi di samping Apple Watch Series 8.

Ia merupakan model Ultra pertama dalam spesis Apple Watch sejak pertama kali ia dirasmikan. Jadi, apa yang 'Ultra' sangat?

{suggest}

Pertama sekali, anda perlu tahu bahawa sasarannya ialah golongan aktif bersukan, melakukan aktiviti lasak. Jutseru, tidak hairanlah ia diperbuat daripada titaniu

Tubuh dan Paparan


Jika anda ketinggalan, paparan muka Nike kelak boleh digunakan pada mana-mana Apple Watch walaupun bukan edisi Nike.



Satu butang baharu dinamakan Action Button juga disertakan ini yang terletak di sebelah kirinya.

Digital Crown kini lebih besar dan lebih mudah dikendalikan kerana geriginya lebih besar. Pembesar suara kedua juga disertakan dan mempunyai 3 mikrofon.

Bateri


Ditujukan untuk mereka yang gemar dengan aktiviti lasak, ia mampu bertahan sehingga 36 jam sekali cas, berbanding sekitar sehari dalam Apple Watch versi biasa.

Dengan Low Power Mode yang baharu, ia boleh bertahan selama beberapa hari, sehingga 36 jam.



Apple Watch sebelum ini memang sudah hadir dengan fungsi ini tetapi untuk Low Power Mode yang baharu ini, ia ekslusif untuk Apple Watch Series 4 dan ke atas yang jalankan watchOS 9.

Ia dikatakan berfungsi sebagaimana Low Power Mode pada iPhone dan Mac di mana akan bertindak menjeda aktiviti di latar, kurangkan kecerahan skrin dan membataskan ciri lain.

Pengguna dapat menggunakan jam seperti biasa tapi pada penggunaan bateri yang lebih rendah, memberikan hayat sehingga 60 jam dengan mod baharu yang akan dilancarkan nanti.

Perlindungan dan Aktiviti Sukan

Three Apple Watch Ultra devices are shown from behind to feature their three different bands, including a gray-and-yellow Trail Loop, orange Alpine Loop, and black Ocean Band.

Jam pintar ini diiktiraf perlindungan WR100 dan EN1339 sesuai untuk selaman dalam laut dan pelbagai aktiviti lasak.

Ia boleh digunakan semasa berenang, selaman, mendaki gunung kerana tahan suhu ekstrem.

Selular dan GPS


Apple Watch Ultra bukan hanya datang dengan varian selular sahaja (tiada varian tanpa sokongan selular), tapi juga datang dengan sokongan GPS L5 untuk pengesanan lokasi yang lebih jitu.

A close-up of two bandaged hands resting on a boulder shows Apple Watch Ultra worn on one of the wrists.

Harga


Terhad satu varian, ia dijual di Malaysia pada tanda harga RM3,799.

Anda boleh memesannya mulai hari ini dan ia akan tersedia mulai 24 September 2022 waktu tempatan.