Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Caranya Untuk Semak Perubahan Harga Jualan Lazada Dan Shopee Dengan Mudah

Ini Caranya Untuk Semak Perubahan Harga Jualan Lazada Dan Shopee Dengan Mudah

Diterbitkan November 9, 2020 · Dikemas kini November 9, 2020 oleh Meor Hasyim

Menjelang promosi jualan 11.11, Shopee dan Lazada seperti kebiasaan akan hadir dengan pelbagai promosi, penawaran dan diskaun yang menarik untuk pelanggan mereka.

Namun begitu, ramai juga antara kita ingin mengetahui adakah diskaun barangan yang diberikan benar-benar diskaun ataupun tidak.

Sehubungan dengan itu, anda boleh menggunakan pemalam Chrome dari AliPrice Shopping Assistant yang memudahkan anda untuk memantau dan menyemak setiap perubahan harga sesuatu produk di laman Shopee dan Lazada.

Ini Caranya Untuk Semak Perubahan Harga Jualan Lazada Dan Shopee Dengan Mudah
Pemalam Chrome AliPrice

Dengan menggunakannya, perubahan harga boleh dipantau sehingga 1 tahun lepas.

Ini sudah tentu membantu jika anda mahu menyemak sama ada diskaun yang ditawarkan adalah eksklusif ataupun boleh jadi akan ditawarkan semula pada masa akan datang.

Ini Caranya Untuk Semak Perubahan Harga Jualan Lazada Dan Shopee Dengan Mudah
Ini Caranya Untuk Semak Perubahan Harga Jualan Lazada Dan Shopee Dengan Mudah

Pemalam ini juga boleh menghantar notifikasi kepada pelayar anda jika ia mengesan perubahan harga pada bila-bila masa melalui tetapan yang dipilih.

Ini Caranya Untuk Semak Perubahan Harga Jualan Lazada Dan Shopee Dengan Mudah
Ini Caranya Untuk Semak Perubahan Harga Jualan Lazada Dan Shopee Dengan Mudah

Jika berminat, klik ke pautan diberikan untuk menggunakan pemalam AliPrice ini pada pelayar Chrome.

*Perkongsian dari Zulkifli Ab

Pautan: AliPrice untuk Shopee, AliPrice untuk Lazada

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY