Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Caranya Untuk Membuat Perkongsian Skrin Pada Aplikasi Messenger

Ini Caranya Untuk Membuat Perkongsian Skrin Pada Aplikasi Messenger

Diterbitkan Julai 17, 2020 ยท Dikemas kini Julai 17, 2020 oleh Amalina Athman

Facebook kini mengumumkan fungsi perkongsian skrin melalui aplikasi Messenger telah tersedia pada peranti Android dan iOS. Fungsi ini pada mulanya diperkenalkan melalui Facebook versi web.

Ini Caranya Untuk Membuat Perkongsian Skrin Pada Aplikasi Messenger

Menerusi perkongsian skrin, ia membolehkan pengguna dengan mudah berkongsi skrin dengan rakan dan keluarga secara satu-ke-satu atau berkumpulan melalui panggilan video.

kongsi skrin messenger

Perkongsian skrin membolehkan pengguna berkongsi keseluruhan paparan skrin secara langsung. Fungsi ini boleh digunakan jika pengguna ingin berkongsi gambar, membuat pembelian dalam talian bersama, atau melayari sosial media dan lain-lain.

kongsi skrin messenger

Untuk memulakan perkongsian skrin pada Messenger, di bawah ini adalah langkah mudah yang perlu dilakukan.

  1. Muat turun aplikasi Messenger di App Store atau Google Play.
  2. Semasa membuat panggilan video di Messenger, hanya perlu leretkan control panel ke atas dan tekan pada “Share your screen”.
  3. Kemudian, tekan pada “Start Sharing” dan pilih pada “Start Broadcast”.
  4. Setelah itu, anda boleh memulakan perkongsian skrin dan untuk menamatkan perkongsian tersebut, hanya perlu tekan pada “STOP” di bahagian kanan aplikasi Messenger.

Sumber: Messenger

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY