Ini Cara Untuk Kemaskan Tab Chrome Yang Bersepah

Bergantung bagaimana penggunaan anda di Chrome, adakalanya terlalu banyak tab yang dibuka dalam waktu yang sama. Dengan terlalu banyak tab yang dibuka, ia mungkin memberikan kesukaran untuk mencari semula tab tertentu.

Berikutan itu, Google telah memperkenalkan ciri yang membolehkan pengguna untuk menghasilkan kumpulan bagi menyusun atau mengemaskan tab Chrome yang bersepah.

Ciri seperti ini mungkin diperlukan terutamanya bagi tujuan yang melibatkan tugasan kerja untuk pengajian, pejabat, atau membuat kajian dan carian mengenai topik-topik tertentu dan sebagainya.

Bagi anda yang ingin kemaskan tab Chrome, berikut kami sediakan beberapa langkah yang perlu dilakukan.

Cara kemaskan tab Chrome


1. Buka pelayar Chrome dan pergi ke mana-mana tab terlebih dahulu.

2. Seterusnya, tekan right-click pada tab tersebut dan pilih "Add tab to new group".



3. Masukkan nama dan pilih warna bagi kumpulan tab tersebut. Sebagai contoh, kami menamakannya sebagai "WiserMY" dan memilih warna jingga.



4. Untuk menambah tab lain, tekan right-click pada mana-mana tab. Kemudian pergi ke "Add tab to group" dan pilih nama kumpulan tab yang diperlukan - sebagai contoh "WiserMY".



5. Anda kini akan melihat tab yang ditambah ke kumpulan akan dilabelkan dengan warna yang dipilih bersama label kumpulan di sebelah kiri.

kemaskan tab Chrome

Sebagai tambahan, tekan pada label jika ingin menyembunyikan atau membuka tab pada kumpulan tersebut. Untuk mengeluarkan tab dari kumpulan berkenaan, tekan right-click pada tab dan pilih "Remove from the group".

Selesai. Semoga bermanfaat.